DUTA NEGARA ASING, PELABUR KAGUM DENGAN KERAJAAN NEGERI

negara asing, pelabur kagum dengan Kerajaan Negeri
Johari Jaafar Fri Nov 21, 08 1:51:26 pm MYT
IPOH, 21 Nov (Hrkh) - Perkembangan yang berlaku dalam seminggu ini seakan memberikan perkembangan terbaru dalam suasana politik dan ekonomi negeri apabila dalam tempuh tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sering dikunjungi duta asing dan pelabur dari luar negeri

Mereka menyatakan kekaguman terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak, walaupun mereka tidak mendapat gambaran sebenar kerajaan Pakatan Rakyat melalui media arus perdana.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politi Menteri Besar Perak, MIsbahul Munir Masduki ketika ditemui wartawan Harakahdaily di pejabatnya semalam.

Menurut beliau, apabila mereka membuat kunjungan ke negeri ini, mereka dapat saksikan sendiri bahawa apa yang berlaku di Perak menggambarkan yang sebaliknya daripada apa yang digambarkan oleh media.

"Mereka juga melihat Perak sangat berpotensi dalam bidang industri, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Para pelabur menyatakan penuh minat, bahawa Perak adalah negeri yang cukup stabil untuk mereka menanam modal," jelasnya.

Pelabur dari Brazil, Jose Maciel Duantie de Paich, dalam kunjungannya ke Pejabat Menteri Besar Perak telah bercadang untuk memperkenalkan teknologi pertanian Brazil di Perak.

Begitu juga dengan Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura T. Jasudasen, telah menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama ekonomi, pelancongan dan pendidikan.

"Seorang pelabur dari New zealand, Richard N Tankersley, menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan teknologi moden dalam perladangan.

Sebelum itu Miss Penny Williams, Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia telah mengunjungi Menteri Besar di Pejabat Mentari Besar.

Dalam pertemuan lebih satu jam tersebut kerajaan Australia sangat berminat menjalin hubungan kerjasama dua hala iaitu ekonomi, pelancongan dan pendidikan.

"Perkembangan ini sesuatu yang akan membawa Negeri Perak kepada perkembangan ekonomi yang cukup baik apabila pelabur mula 'membanjiri' negeri ini, sekali gus mematikan tohmahan pemimpin BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak mampu menarik pelabur asing dan tidak 'pandai' mentadbir," tegasnya. - mns_

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI