KEPENTINGAN WALA' DALAM JEMAAH

liqa Fikri anjuran Lujnah Tarbiah PAS Perak yang berlangsung di Pusat Tarbiah Air Kuning semalam menekankan Kepentingan Al-Wala’ dan Al- Bara’. Naqib pada malam itu AF Ustaz Nasaruddin Tantawi. Beliau menekankan bahawa"Wala ‘ merupakan asas terpenting dalam sesebuah Jemaah Islam.Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan Wala’ kepada pimpinan kerana tanpa Wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja."

Saya merasakan bahawa penerangan yang disampaikan oleh AF Us. Nasaruddin yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat amat baik dan berkesan kerana ada ahli sebelum ini masih tidak faham bagaimana sebenarnya Wala’ yang mesti diberikan kepada pimpinan. Mereka menganggap bahawa memberi Wala’ sekadar memberi penghormatan, member layanan sewaktu lawatan, menjamu durian ketika musim durian dan sebagainya. Tetapi Wala’ amat diperlukan ketika saat-saat yang genting, cemas terutama dalam menghadapi sesuatu isu dan suasana politik semasa yang semakin hangat ini .Ada strategi yang boleh di ceritakan kepada ahli dan ada strategi yang perlu dirahsiakan kepada ahli. Ketika itu ahli perlu memberikan sepenuhnya Wala’ kepada pimpinan. Meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan.

Beliau memetik kata-kata Saidina Umar

“ Tiada Islam tanpa Jamaah, tiada Jamaah tanpa pemimpin dan tiada pemimpin tanpa ketaatan.

Islam mewajibkan penganutnya memberikan Wala’ ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah di dalam Al-quran

“ Wahai orang-orang yang beriman , taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan “ Ulil-Amri” dari kalangan kamu
(An-Nisa’ :59)

Beliau juga memetik sebuah hadith

“ Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habsyi yang rambutnya seperti kismis
(Sahih Bukhari, jld 6, hadis 6723)

Antara syarat –syarat Al-Wala’ yang ditekankan beliau ialah ;

1. Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. Mana-mana pemimpin yang menolak hukum Allah SWT. Maka haram kita memberikan wala’ kepada mereka.

2. Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran. Maka kita hendaklah berlepas diri (bara’) daripada pemimpin yang zalim, melakukan penyelewengan dan tidak memerintah dengan adil.

3. Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. Ketaatan tidak boleh diberikan kepada pemimpin yang menyuruh atau menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat seperti mendirikan pusat-pusat pelacuran,hiburan, judi dan sebagainya.

Justeru itu ahli mestilah memberikan Wala’ sepenuhnya kepada pemimpin terutama didalam menghadapi suasana politik yang sangat berubah dari sebelum ini. Biarlah pemimpin yang kita lantik di Muktamar melaksanakan amanah yang telah diberikan ahli. Manakala ahli pula menjalankan amanah kita sebagai ahli. Janganlah kita sebagai ahli biasa bercakap, mengkritik seumpama kita pimpinan tertinggi. Kita perlu sedar kedudukan kita dalam jemaah. Jika semua ahli jemaah faham tugas dan fungsi masing-masing insyaallah jemaah akan kuat dan hasrat untuk melihat kemenangan islam akan tercapai.

Liqa semalam berakhir jam 12.00 malam dengan kehadiran pimpinan Negeri, ADUN, dan pimpinan kawasan .

Setiausaha Lujnah Tarbiah mengharapkan kehadiran dimasa kan datang dapat dipertingkatkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI