HARAKAHDAILY DI BACA 12.2 JUTA HALAMAN, WARGA IPOH PENGUNJUNG TERTINGGI, TAHNIAH PERAK !


HARAKAHDAILY akan berubah wajah menjelang Muktamar PAS Ke-54 ini. Tentulah jauh lebih menarik dan kreatif, berbanding sekarang. Ini semua langkah meningkat dan memajukan akhbar talian internet itu untuk seluruh pengunjung.Warga Ipoh nampaknya antara peminat tegar Harakahdaily.Net. Kunjungan pelawat yang besar tercatat sebagai pengunjung utama di Malaysia berbanding warga Kuala Lumpur, Shah Alam mahupun Kota Bharu.Minat ketara ini menunjukkan rakyat Perak lebih peka dan sarat dengan perasaan ingin tahu tentang perkembangan politik tanahair. Selepas Ipoh, Harakahdaily mencatatakan Kuala Lumpur sebagai pengunjung teramai dan diikuti dengan Kajang (bukan Shah Alam) dan Kota Kinabalu.Maklumat ini ditegaskan oleh rakan saya, Amir Ramadhan, seorang konsultan bebas IT yang memantau operasi Harakahdaily pada Seminar Harakah 2X Seminggu semalam. Paling mengkagumkan, ia ditatap dan dilayari oleh penduduk daripada 129 negara di seluruh dunia termasuk menerima kunjungan pelawat kira-kira 150,000 setiap hari.Sepanjang bulan Jun lalu, Harakahdaily telah dilawat llebih 2.6 juta dengan jumlah halaman yang dibaca adalah 12.2 juta dan hampir 17 peratus dikenal pasti sebagai pelawat baru dalam tempoh berkenaan.Selepas Malaysia dan United Kingdom, Amerika merupakan negara yang teratas kedudukannya mengunjungi laman web ini malah negara seperti Zimbabwe turut tersenarai dalam 129 negara tersebut. Ini memberi cabaran baru kepada Harakahdaily untuk memantapkan berita dan persembahannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI