16 Februari 2009

KRISI PERAK : ABDULLAH PERLU SALAHKAN NAJIB

Irwan Muhammad Zain Sun Feb 15, 09 4:41:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menyalahkan timbalannya yang menyebabkan krisis politik berlaku di Perak.


Beliau menegaskan demikian sebagai respon kenyataan Abdullah yang akan menjelaskan kepada Raja-raja Melayu punca sebenar yang menyebabkan timbulnya krisis politik di Perak.
"Abdullah seharusnya bertanggungjawab untuk memberitahu Raja-raja Melayu bahawa punca utama tercetus krisis di Perak akibat sikap tidak cermat Najib dalam menerajui Umno Perak.
"Selaku Pengerusi Perhubungan Umno Perak dan bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak seharusnya menyelesaikan masalah dengan baik tetapi apa yang berlaku beliau menambahkan masalah untuk ditanggung rakyat," tegas beliau.
Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan Abdullah harus menerima hakikat Najib tidak layak untuk mengantikan tempat beliau selaku Perdana Menteri.
Andai Abdullah membiarkan timbalannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tidak mustahil banyak lagi kerosakan akan dilakukan dan akibatnya rakyat yang akan menanggung sengsara. - mks. _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan