02 Februari 2009

Speaker DUN Perak serah surat pada SPR


Feb 2, 09 10:43am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

perak deputy speaker sivakumar and osman and jamaluddinSemalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.

Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.

Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan