Kontroversi: Kasihan, Dua Exco ADUN PKR Perak Bakal Kehilangan Ganjaran Jutaan Ringgit Akibat Surat Perletakkan Jawatan Mereka Itu Kelmarin ! - Pahang

PDO [6.17 am] - Nampaknya senario politik Perak semakin bertambah panas sekarang. Ini berikutan penafian kedua-dua Exco ADUN PKR bahawa mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri petang semalam. Bahkan, kedua-dua ADUN terbabit tiba-tiba berbicara soal saman pula. Anehnya mereka sebenarnya yang memulakan, kini mereka pula takut berhadapan dengan kenyataan. Amatlah wajar sekali jika mereka sudah tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada PKR maka mereka harus berbuat demikian. Tindakan meletakkan jawatan adalah satu langkah bijak demi maruah mereka yang memang sudah tercalar sekarang ini. Namun langkah menafikan dan masih mengatakan mereka tidak pernah keluar parti, jadi calon bebas atau pun menyertai UMNO. Dalam hal ini Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak sekarang. Kedua-dua ADUN terbabit kini seolah-olah terperangkap dek permainan politik mereka sendiri. Khabarnya mereka ditawarkan ganjaran RM10 juta jika menyertai UMNO. Bahkan Jamaluddin sendiri dipercayai pernah menghubungi isteri Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) agar menasihatkan suaminya kembali semula ke UMNO. Kononnya selain ganjaran kemewahan, Datuk Nasa juga akan ditawarkan jawatan sebagan Menteri Besar Perak sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditumbangkan nanti.

Namun, tindakan pantas Kerajaan Negeri Perak yang menerima surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN terbabit sudah pasti akan menyebabkan saham mereka turun. Ini akan merugikan kedua-dua "petualang rakyat" terbabit. Mereka yang sudah mengimpikan kemewahan jika bersama UMNO dan Barisan Nasional kini bakal kehilangan segala-gala yang dijanjikan sekirany sah perletakkan jawatan itu diterima. UMNO sebenarnya amat mengharapkan mereka "melompat parti" bagi mengukuhkan lagi kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Kini Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi DUN, manakalan BN hanya 27 kerusi. Jika kedua-duanya melompat ke BN maka kerusi mereka akan bertambah menjadi 29 dan Pakatan Rakyat tinggal 30 iaitu perbezaan hanya satu kerusi lagi. Ini memudahkan UMNO dan BN untuk membeli satu ada dua orang lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk bersama mereka. Percaturan merampas Perak digagalkan setelah Datuk Nasaruddin bertindak menyertai PKR minggu lalu. Jika tidak sudah pasti segala yang dirancang pasti membuahkan hasilnya. Namun takdir penetu segalanya, kini kedua-dua ADUN itu bakal menjadi "hampas" setelah kehilangan jawatan. Pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula dalam tempoh 60 hari dari sekarang. UMNO amat takut dengan pilihanraya kecil kerana tidak yakin mereka boleh menang, tambahan pula majoriti undi yang diperolehi PKR dalam pilihanraya Umum Mac 2008 lalu melebihi satu ribu undi. Inilah yang menggusarkan mereka sebenarnya.

Ulasan

  1. Seorang pemimpin nak cover malu dipantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

    Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

    Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

    Sungguh memalukan!

    Short Talk

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI