Akhil..Akhill !!


Akhil Hayy : Antara ujian dan nafsu


Posted on Wednesday, May 27 @ 16:27:51 PDT

by TokPenghulu Oleh: haris"


Saya tak pernah mencoret berkaitan cerita selebriti, artis serta orang glamour tetapi kali ini rasa terpanggil untuk melontar pandangan berkaitan kisah yang berlaku kepada Ustaz Akhil Hayy.Jika dulu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy. Melalui ceramahnya saya dapat rasakan beliau telah dapat membawa diri saya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam.
Dalam ceramahnya yang diselitkan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar, betapa gah nama Ustaz Akhil Hayy pada masa itu.
Tetapi kini setelah tidak lagi lagi aktif berceramah sedemikan dan disunting oleh pihak Astro bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz Akhil Hayy. Status artis yang dipegang telah membawanya kepada cerita-cerita yang tidak elok didengar untuk orang yang bertitle USTAZ.
Entah la zaman sekarang ni orang yang bertitle Ustaz bukan sahaja tidak dapat membawa mesej agamanya yang betul-betul mengikut kehendak agama malah boleh saja bertindak seperti mereka-mereka (artis) yang lain dalam kehidupannya.
Pelik terasa bila menyimpan rambut panjang dikatakan mengikut sunnah tetapi meninggalkan isteri berbulan-bulan dan tidak memberikan perhatian kepada anak tidak pula melanggar sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Pengakuan isteri yang Akhil Hayy pernah meminta izin untuk beristerikan Waheeda dan dia sebagai isteri yang solehah telah mengizinkan suami yang tersayang untuk berkahwin lagi tetapi Akhil Hayy tidak terus untuk membetulkan keadaan tetapi seolah-olah mahu berselindung dan akhirnya kerana Maizawati tidak tahan dengan dugaan lalu muncul di khalayak ramai untuk menyatakan kebenaran.
Bukan niat untuk menimbulkan kekalutan dalam rumahtangga orang tetapi apa yang saya ingin nyatakan bahawa Allah S.W.T tidak akan sekali-kali membiarkan hambanya mengatakan ‘Aku telah beriman dan percaya kepada Allah tanpa disusuli oleh ujian dan rintangan’
Ujian Allah adalah untuk mengetahui siapakah antara kita semua adalah yang terbaik sekali amalannya didunia ini dan untuk mengetahui siapakah yang hanya berpura-pura atau hipokrit dalam agamanya.
Semakin tinggi kedudukan seseorang semakin kuat ujian yang akan dia hadapi, jika dia tidak dapat menghadapi ujian Allah yang berupa ketakutan, lapar, kekurangan harta, hati yang lemah, kekurangan pendapatan serta godaan syaitan dan iblis dari arah depan, belakang, kiri dan kanan.
Maka jika dia tidak dapat menghadapi ujian ini dikhuatiri akan terjerumus ke lembah yang paling hina daripada orang-orang yang hina.
Serta lebih sesat daripada binatang lagi jika mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami isi A-Quran dan Hadis, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar nasihat-nasihat agama.
Apa lagi yang nak dikata bila manusia bertuhankan nafsu dan dan berajakan harta maka kehidupan akhirat tidak lagi menjadi matlamat sebaliknya hanya mencari kehidupan dunia yang penuh dengan benda yang lagha’ dan main-main.
http://www.harisfadila.com/"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI