Isu UG akan selesai minggu ini !!

Kekusutan Kerajaan Perpaduan insyaallah akan dapat diselesaikan dalam seminggu ini.Semua ahli Pas diminta berada dalam keadaaan tenang.Pastikan kita tidak dipermainkan oleh media semasa.Carilah sumber maklumat yang sahih dan boleh dipercaya, jangan terus mempercayai media arus perdana yang dimiliki oleh pihak musuh.
Para bloggers juga dingatkan janganlah memberi komen sehingga menjatuhkan maruah pimpinan. Siapa kita berbanding dua Tok Guru ini. Mereka adalah orang yang sangat ikhlas , amanah dalam memimpin gerakan islam. Keikhlasan mereka diterjemahkan dalam kehidupan seharian mereka.
Kesederhanaan Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat (TGNA) dikagumi bukan sahaja oleh ahli Pas tetapi orang yang diluar Pas malahan orang bukan islam sendiri kagum dengan beliau .Ini terbukti apabila Lee Kuan Yew datang sendiri melawat Tuan Guru di Kelantan. Kejayaan membawa Kelantan hingga ke hari ini kalaulah tidak kerana pergantungan dengan Allah ianya tidak akan tercapai.
Kehebatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) juga bukan sahaja didalam negeri malahan diseluruh dunia. TGHH dipanggil menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang melibatkan gerakan islam diluar negara. Pandangan TGHH di perlukan dalam menyelesaikan masaalah ummat islam keseluruhannya.
Saya teringat kisah seorang bekas YB Terengganu sewaktu menceritakan bagaimana hendak menentukan calon Pas di Kuala Terengganu. Jawatankuasa pemilihan diperingkat Negeri telah memilih 5 orang orang sebagai calon. Tetapi Jawatankuasa Pemilihan tidak dapat memilih kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Lalu YB berkenaan berjumpa dengan TGHH Presiden untuk menyerahkan kepada beliau memilih sendiri. Lalu TGHH mengatakan kita mengadu pada Allah. beliau akan buat solat istikharah. selang beberapa hari YB berkenaan berjumpa kembali TGHH bagi mendapatkan respon. Bila ditanya kepada TGHH adakah sudah membuat solat istiharah. TGHH mengatakan sudah melakukan solat istikharah tetapi petunjuk yang beliau dapat susah hendak di tafsirkan.
Petunjuk beliau dibawa kepada Dato Harun Din. Dato Harun Din mengatakan bahawa kesemua 5 calon tidak sesuai dan TGHH disarankan mencari calon yang lain. sehari sebelum penamaan calon barulah TGHH menjumpai calon yang ada sekarang yang pada asalnya tidak ada dalam senarai.
Apa yang saya nak cerita disini ialah kehebatan Tuan Guru Kita. mereka sentiasa memohon petunjuk Allah atas setiap keputusan yang hendak dibuat. Mereka bukanlah orang seperti kita.
saya berasa sedih bila ada yang sudah mula mengkritik secara membabi buta tanpa usul periksa. sehingga ahli bawahan pun sudah mula berani mengkritik pimpinan.
Kita masih ingat bagaimana Pimpinan kita membuat keputusan sewaktu hendak menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) walaupun ada yang kontra tetapi selepas itu kita dapat kejayaan besar dengan menawan Kelantan.
Bagitu juga apabila mengambil keputusan bersama dengan Barisan Alternatif selepas itu kita berjaya menawan Terengganu. Begitu juga PRU 12 kita bersama menjalinkan hubungan yang baik dengan Pakatan Rakyat bertanding satu lawan satu dengan BN akhirnya kita berjaya menawan 5 buah negeri. Ini antara kebijaksanaan pimpinan kita dalam membuat keputusan.
Justeru itu janganlah cepat untuk kita memberi sebarang komen yang tidak benar hanya kita mendapat berita dari media musuh kita.
Ingatlah sekiranya ulasan kita dalam isu ini menjadikan Pas lemah maka kitalah orang yang sebenarnya meruntuhkan jemaah kita.
Saya kira Us Nasharuddin sudah melakukan yang terbaik untuk jemaah . Jawapan beliau sewaktu berhadapan dengan wartawan pun cukup berhati-hati. beliau memang layak memberikan komen kerana Tuan Guru Presiden tiada sewaktu itu. Kalau kita dengar kembali apa yang dikomen oleh us. Nasa beliau tidak pun menyebut untuk bersama atau bergabung dengan UMNO.
Kita tidak juga boleh salahkan TGNA kerana wartawan sering membuat soalan provokasi. disinilah perlunya ada kebijaksanaan ahli dalam menilai berita yang diterima. Kita telah ditarbiah dengan firman allah ' Bila sampainya berita dari orang fasik ,hendaklah kamu kaji dahulu "
Kita jangan membuat ulasan diatas perkara yang tidak benar. Apabila berita mengatakan Kerajaan Perpaduan itu bergabung dengan UMNO kita pun ulas benda yang salah itu. Walhal bergabung ataupun bersama dengan UMNO itu tidak disebut oleh pimpinan.
TGHH telah pun tiba dari luar negara pagi tadi . Insyaallah pertemuan Pimpinan Pusat akan diadakan dalam masa yang singkat ini. Penjelasan sebenarnya akan dibuat kepada TGNA . dan isu ini akan selesai dalam masa seminggu ini .insyaallah.
Justeru itu perkuat dan perkukuhkanlah saf kita .Keberkatan dan kejayaan akan datang dengan kesatuan kita dalam Jemaah.

Ulasan

  1. Make statement clear & simple

    If that Hadi Awang doesn't know how to make clear statement, ask TGNA to make it

    Better still ask Karpal Singh......That will sink UMNO

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI