BAGAN PINANG : ANALISA AWAL

BAGAN PINANG: ANALISA AWAL

Posted on Oktober 14, 2009 by ustaz idris ahmad

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009.
Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang.
Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.

-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau

-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.

-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada umno.

-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.

-Undi pos yang tidak di pos adalah simpanan tetap umno dalam pilihanraya

-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan Pas sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli umno 3017 orang.

-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan umno dalam pilihanraya.

-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam umno untuk membodohkan rakyat.

-Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar.

- Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi Pas, tetapi takut menzahirkan diri.

-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada Pas.

-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.

-Sokongan Kelab Penyokong Pas yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008

-Usaha gigih ahli-ahli Pas di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas Pas dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samsing umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong Pas sama ramai.

-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli Pas. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

Difailkan dalam: Pilihanraya,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI