23 Februari 2009

MAHATHIR BIDAS PAK LAH EKORAN KRISIS PERAK - GREENBOC

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyelar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi kerana meminta Datuk Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan.

Menulis di dalam blognya yang popular chedet.co.cc, beliau berkata yang adalah mungkin saja untuk Speaker berkenaan melakkan jenayah, namun “menggantung mana-mana ADUN tidak merupakan satu jenayah yang mengizinkan polis boleh mengambil sebarang tindakan.”

Mahathir yang terkenal dengan kritikan pedasnya selama ini, mantan perdana menteri itu telah menjadi duri kepada kepimpinan Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini.

Di dalam kenyataan baru-baru ini, beliau juga telah membidas tindakan Barisan menerima 2 bekas ADUN PKR – Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi.

Kedua-dua orang yang melompat dari PKR untuk menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak namun ia telah mengakibatkan kritikan hebat kerana kedua-dua mereka sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Mahathir sebelum ini pernah menyatakan, jika kita menerima kedua-dua ADUN berkenaan masuk ke dalam UMNO / BN sebelum kes mahkamah mereka selesai, kita membawa masuk penyakit ke dalam parti apatah lagi jika kedua-dua mereka disabitkan dengan kesalahan. Jika mereka diterima masuk selepas kes mereka selesai, masyarakat akan berpandangan bahawa kita yang telah mempengaruhi keputusan mahkamah.

Di dalam tulisannya yang terbaru di dalam blognya, Dr Mahathir menolak saranan Abdullah supaya Zambry membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya dan para exconya dari menghadiri persidangan DUN.

“Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis?

“Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan?”

Mantan PM juga memberi komennya terhadap kenyataan Zambry yang beliau akan tetap menghadiri sidang DUN sekalipun telah digantung.

Beliau berkata mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Dr Zambry dari Dewan.

“Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

Banyak pihak mempersoalkan saranan Abdullah menggesa Zambry membuat laporan polis. Ia membuktikan PM seseorang yang buta undang-undang yang tidak mengetahui bahawa tiada jenayah yang dilakukan oleh Speaker Perak sehingga boleh dilaporkan kepada pihak polis dan jika polis bertindak di atas laporan-laporan itu jelas menunjukkan polis juga adalah dari kalangan yang buta sama kerana bertindak mengikut sentimen dan bukan berdasarkan bidang kuasa yang ada pada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan