BOLA KINI DI KAKI PAKATAN RAKYAT

Dilulus terbit pada Monday, February 23 @ 17:31:43 MYT
oleh TokPenghulu Oleh Pemuda PAS Kemahang

GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak.
Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul didepan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar.
Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan.
Selepas penggantungan ini dijalankan dan berkuatkuasa, para pencinta keadilan mula menarik nafas lega. Rakyat pula bagaikan mendapat sinar baru. Apa tidaknya, kalau sebelum ini Kerajaan yang mereka pilih secara sah dalam PRU 12 lepas dirampas dan diranapkan begitu sahaja oleh Umno BN, kini mereka (rakyat) bagaikan mendapat peluang kedua.
Dalam permainan bola sepak, boleh diibaratkan bahawa bola yang berada di kaki Umno BN telah berjaya dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat. Dan bola yang direbutkan itu kini berada di kaki Pakatan Rakyat. Selepas ini Pakatan Rakyat hanya perlu mengelecek beberapa pemain pertahanan (anda boleh teka sendiri siapa gerangannya) sebelum melepaskan tendangan padu yang bisa menggegarkan jaring dan gawang Umno BN.
Pada waktu-waktu getir sebegini, ketelusan dan keadilan daripada pegawai perlawanan samada Pengadil, Penjaga Garisan dan Pegawai Masa adalah amat-amat dituntut.
PEMUDA PAS KEMAHANG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI