PAC Perak panggil Zambry , Nizar dan Exco.

Ahad, 1 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR,1 Mac (SK): Arahan waran tangkap akan dikeluarkan jika ada individu enggan hadir selepas dipanggil untuk beri keterangan berhubung kes penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di Negeri Perak.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang di pengerusikan oleh Wong Kah Woh berkata PAC akan memanggil Menteri Besar Barisan Nasional dan Menteri Besar Pakatan rakyat untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kes tersebut.

Selain kedua-dua Menteri Besar, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Wong berkata, setelah mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh baru-baru ini, PAC memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan perlantikan tiga penasihat Menteri Besar BN dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 27 Februari lalu.

Ketika di hubungi, Exco Kanan Negeri Perak Pakatan Rakyat Ngeh Khoo Ham mengesahkan dakwaan kes tersebut dan berkata tindakan PAC itu amat di alu-alukan dan seharusnya mereka membuat siasatan kerana ada unsur-unsur salah guna wang rakyat.

“Kalau Dr Zambry perlu melantik penasihat seramai tiga orang dan seorang ketua penerangan dengan membelanjakan bayaran sebanyak hampir RM1 juta maka ini menunjukkan bahawa beliau tidak berkemampuan menjadi seorang Menteri Besar,” jelas Ngeh kepada Suara Keadilan.

“Saya juga mencadangkan supaya PAC menasihati Pegawai Kewangan Negeri Perak untuk menggantung pembayaran gaji kepada kedua-dua Menteri Besar dan Exco BN dan Pakatan Rakyat sehingga mahkamah memutuskan siapa yang berhak mentadbir negeri Perak,” kata Ngeh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI