"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS
'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS |
Ditulis oleh Buletin Online |
Isnin, 16 Mac 2009 02:55 |
BUKIT GANTANG, 16 Mac - “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin. (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS). Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka” Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan.
“Saudara-saudara, apa yang berlaku di negeri Perak hari ini adalah satu kekejaman yang telah dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional, tanpa segan silu mereka telah merampas hak rakyat negeri Perak,” kata Nizar.
Katanya mandat yang diberi oleh rakyat negeri Perak pada pilihanraya umum ke 12 bulan Mac 2008 telah dirampas oleh UMNO pada 5 Februari 2009 “Ini merupakan satu perbuatan yang haram, bersifat kejamnya dan durjana,” tegasnya lagi. Dalam pada itu, beliau turut meminta ahli-ahli Kelab Penyokong dari kaum India dan Cina menolak UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan nanti.
Katanya PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis manakala ia akan ditimbang dan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 23 Mac depan.
|
Ulasan
Catat Ulasan