Perang Poster di Bukit Gantang Hangat


Ekmal Yusof 
Tue | Mar 17, 09 | 2:23:21 pm MYT

TAIPING, 17 Mac (Hrkh) - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini.

Iklan
 
 
  

Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini.

Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi.

Dalam tinjauan Harakahdaily semalam, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan pada Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang ini Pakatan Rakyat akan memastikan kemenangan memihak kepada calon PAkatan Rakyat.

"Kami tidak akan sia-siakan peluang keemasan yang telah berada di hadapan itu. Kami akan bermati-matian berusaha siang dan malam. PAS, KeADILan dan kerjasama DAP untuk menebus "kekalahan" Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas secara kotor oleh Umno-BN baru-baru ini," katanya.

Tegas Ahmad, kemenangan PAS ini nanti adalah sebagai kayu pengukur menentukan suara rakyat sebenarnya berkehendakkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan dengan cara jelek "melompat atau merangkak" parti. - mns_

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI