17 Mac 2009

70% kata Gobind patutnya dirujuk ke Jawwatankuasa Hak & Keistimewaan Parlimen

70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Undian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau.

Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini.

Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak boleh ditutup dengan undi majoriti atau kuasa subjudis.

Tambah beliau walaupun usul menggantung Gobind diluluskan tetapi yang dituduh harus diberi peluang untuk membuktikan tuduhan yang dibuat sementara yang dituduh pula perlu mempertahankan diri.

Anwar berkata lagi prinsip "natural justice" tidak dilaksanakan dalam keputusan penggantungan Ahli Parlimen Puchong tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan