Kalau Zambry tidak keluar Pejabat MB esok ..camna ??

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut.
Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil.
Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala.
Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau kita saya pun tak pasti.

Ulasan

  1. InsyaAllah melayu cina dan india akan 100%
    menyokong Pakatan Rakyat sekiranya DUN
    di bubarkan.

    Ameen.

    BalasPadam
  2. Salam,

    janganlah dok tekan 'si kelam' tu lagi...takkan dia sanggup kena 'iring' macam speaker Siva kot?

    Tak sempat kawan tu nak majukan perniagaan dan perlancongan di Pulau Pangkor..jangan la tekan lagi...jangan la tekan lagi...kesian tau...bayangkan tak sempat nak hangatkan punggung atas kerusi empuk dah kena halau dek mahkamah...belum kena halau dengan mahkamah rakyat lagi...

    malang....malang...malang sungguh si malin ini...

    thx!

    BalasPadam
  3. Terbaru dipetik dari MyKMU:

    Sidang Tergempar DUN Perak Akan Diadakan

    Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional Perak dijangka mengemukakan satu notis mengadakan usul tergempar Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Speaker negeri Perak, Datuk Ganeson.

    Ini akan dilakukan berikutan keputusan Mahkamah memutuskan bahawa hanya Sidang DUN Perak sahaja boleh melucut jawatan Menteri Besar negeri tersebut.

    Sungguhpun perlantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak sah, namun keputusan tersebut tidak menjejaskan sidang DUN Perak yang lalu kerana keputusan mengadakan sidang DUN bukan di bawah kuasa Menteri Besar.

    Persidangan Dewan Undangan Negeri ialah di bawah kuasa Tuanku Sultan Perak. Justeru persidangan lalu yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak adalah sah.

    Speaker DUN Perak dari BN, Datuk Ganeson dijangka akan membawa usul tergempar yang diterimanya untuk perkenan Tuanku Sultan.

    Tuanku Sultan dijangka tidak akan membubarkan DUN kecuali persidangan tergempar tersebut gagal melantik sesiapa menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

    BalasPadam
  4. Takpa. kalau polis jahat tu tak mau heret zambry keling tu keluar pejabat mb maka kita panggil anggota unit amal. Depa tu pun jangan main-main. Kuat tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI