Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Pemuda PAS ikrar kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat

Imej
Nazri Abdullah LARUT, 31 Jan: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini hari ini membuat ikrar janji akan memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan. "Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak. "Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak. "Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin". Bacaan ikrar tersebut diketuai pemangku ketua pemuda PAS, Nuru Al-Amin diikuti seluruh pemuda PAS Perak di hadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ianya sekaligus membuktikan kesiapsediaan jentera pemuda menggalas tugas parti dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini. Nasruddin dal...

HEMPAP ! buktikan orang muda geng kita

Imej
Pagi tadi sempat juga hadir di Program HEMPAP yang di adakan di Darul Taalim, Sungai Limau, Ijok, Perak. Sambutan memang menggalakkan. Pemuda Pas Perak berjaya membawa anak-anak muda pelbagai golongan menyertai program ini. Kita mengharapkan mereka akan terus istiqamah dan akan bekerja untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional Pada Pilihanraya akan datang.Tahniah kepada Pemuda Pas Perak yang telah berjaya mengakhlakkan program-program hiburan yang satu ketika dahulu adalah diluar ruang lingkup aktiviti Pas.

Tengku Razaleigh cipta sejarah lagi

Imej
Posted on Saturday, January 30 @ 15:39:39 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: wanibrah " Peristiwa Solat Hajat dan Pidato Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV anjuran GEGAR pada 28 Januari 2010 lepas sekali lagi menyaksikan rentak politik Kelantan melonjak dan panas. Ia berlaku ekoran penampilan Tengku Razaleigh (Ku Li) dikhalayak hadirin yang menjangkau puluhan ribu (lebih 40 ribu) orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum dan partisan. Sekaligus mengesahkan martabat isu tuntutan hak wang royalti minyak daripada Petronas oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah isu penting untuk seluruh rakyat Kelantan yang sudah mengerunkan pemimpin BN. Dua malam sebelum itu (26 Januari), Datuk Mustapa Mohamad, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengatur langkah pre-ampt dengan mengadakan taklimat wang ehsan di Hotel Renaissance Kota Bharu. dalam taklimatnya, dirumuskan bahawa penyaluran wang ehsan adalah betul dan berteraskan prinsip Kerajaan...

KU LI - Kelantan berhak dapat Royalti

Imej
KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri. Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri...

Orang PAS tolong saya, tidak minta upah walau satu sen pun-ADUN TRIANG

Imej
Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokongan Presiden PAS KEMAMAN 26 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. ”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari. (gambar: Leong dua dari kanan dalam majlis di Chukai) Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP. Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan. ”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk me...

Seludup pasir: Nizar nafi pegawai khasnya ditahan SPRM - Berita Harian

IPOH: Bekas Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir. Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah. "Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

HJ NIZAR AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP TV 3 & TV 9

Imej
Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM. Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini. Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang. Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj...

KENYATAAN MEDIA :MB Perak, Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah . Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi Beliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan. Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak . "Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" Katanya dalam kenyataan itu. KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak.

Serangan gereja di Taiping, tujuh ditahan -Malaysiakini

Imej
Jan 22, 10 5:07pm TERKINI Polis menahan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes melontar bom petrol ke sebuah gereja dan pondok pengawal sebuah sekolah di Perak baru-baru ini. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata semua mereka ditahan dalam empat serbuan sekitar Taiping melau tengah malam semalam.

DUN PERAK BUBAR ? -Misbah

Imej
Saya dapat panggilan telepon dan mesej yang begitu banyak sejak dua tiga hari lepas, semalam adalah panggilan dan mesej yang paling banyak saya terima. Soalan yang ditanya sama, betulkah DUN Perak bubar hari ini ? Saya tanya semula, siapa yang bubarkan? Berita ni dapat dari mana, kami orang Perak tak tahu apa pun, anta dari Johor boleh tahu pulak. Begitulah hebohnya berita DUN Perak bubar. Berita DUN Perak akan bubar bermula setahun yang lalu, mesej dan maklumat dari berbagai sumber kononnya dari istana, dari Putrajaya, dari UMNO yang boleh dipercayai, dari pejabat SUK, dari hakim, dari polis, dari SPR, dan berbagai lagi. Ada yang mendakwa dapat maklumat dari kawan yang kenal rapat dengan pemandu PMlah, Zambrylah dan macam-macam lagi. Ada yang terus percaya, minta PAS Perak dan PR terus bersedia menghadapi pilihanraya, yang mengambil kesempatan untuk projek cetak poster pun ada. Ada juga yang mendakwa dapat maklumat dari kedai gambar, kononnya beberapa EXCO dan wakil rakyat BN telah ...

Sidang Media : Setahun Kudeta di Perak

6 Safar 1431H Kita buat sidang akhbar pada hari ini bahawa sudah setahun rampasan berlaku dengan kita menjemput para wartawan dan bloggers dan ada minum pagi bersama, demikian mukaddimah MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Nizar Jamaluddin semasa sidang akhbar dan minum pagi sempena Setahun Kudeta di Perak oleh BN. Sidang media itu dihadiri oleh hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak bersama ADUN PR yang lain. Kata Ds. Nizar " Kami masih memberikan khidmat kami kepada rakyat, dan menjadi tulang belakang kepada mereka untuk berurusan dengan jabatan kerajaan". MB Rakyat itu juga menegaskan sebelas bulan kita memerintah diPerak dengan prinsip adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan. Sepanjang 11 bulan lepas banyak yang mereka lakukan adalah meniru dari apa yang dimulai oleh PR, katanya.. Kita mahu rakyat Perak diberikan proses demokrasi diletak ditempat yang sepatutnya. Semasa 11 bulan BN memerintah, apa saja perkhabaran BN adalah kata-kata yang tidak ada makna sela...

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Posted on Wednesday, January 20 @ 00:40:35 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Rahmah Ghazali Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman. Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu. Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu. Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman. "Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradi...

Jangan Gembira Sangat Kalau Dun Perak Bubar

Imej
Posted on Monday, January 18 @ 19:57:28 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: Tok Janggut Muta'akhir ini seperti ada satu harapan dan kegembiraan setengah pihak dengan mengharapkan DUN Perak di bubarkan. Apakah pihak tersebut sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional yang punya seribu satu helah, penipuan dan provokasi nanti? Pernahkah mereka terfikir, mengapakah Mahkamah begitu lambat membuat keputusan dalam isu Perak ini termasuk di Kota Si Puteh Kedah? UMNO yang terkenal dengan pengundi hantu tak kira rakyat warna apa, bangsa apa, datang dari Negara mana boleh dijadikan pengundi hantu untuk mengundi UM NO/BN. Apakah tidak mustahil dengan kelambatan keputusan mahkamah ini adalah strategi dan arahan UMNO untuk membawa dan mendaftarkan pengundi-pengundi dari luar Perak dan Kedah untuk mengundi di Perak dan Kota Si Puteh nanti? Jangan ambil mudah dengan kelambatan keputusan mahkamah itu, mesti ada sebabnya ia berlaku begitu. UMNO boleh arah mahkamah ...

Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan...

Imej
Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan... Posted on Monday, January 18 @ 21:03:51 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: miratnunia " Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan. Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan. Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya...

Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya

Imej
Mohd Nor Yahya KOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah. Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini. Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah ini dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya. "Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP). "Saya sedar akan sumpahan saya ini dan saya sudah mendapat pandangan daripada orang alim dan pimpinan parti demi menjaga maruah diri dan parti saya," katanya lagi. Nik Sapeia juga berkata beliau akur dengan keputusan ya...

KAIFIAT SOLAT GERHANA MATAHARI

Imej
Lafaz Solat Gerhana Matahari أُصَلِّى سُنَّةَ الُكسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.” 1. Takbiratul Ihram. 2. Membaca doa iftitah. 3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز ) 4. Membaca surah al-Fatihah. 5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah. 6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat. 7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah. 8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat. 9. Iktidal. 10. Sujud dan membaca tasbih. 11. Duduk antara 2 sujud. 12. Sujud kembali. 13. Berdiri ke rakaat kedua. b. Rakaat kedua. 1. Membaca surah al-Fatihah. 2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana su...

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Perak : Keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar MB Perak yang sah??

28 Muharram 1431H Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;- 1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah. 2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit. 3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bula...

Nik Aziz rai paderi, sami makan tengah hari

Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim. Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah. “Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari. “Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang d...

Bakar Gereja: Menteri gagal bertindak awal jadi punca

Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 10 Jan: Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah. Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain. Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum. Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar. “Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup. “Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini. Beberapa gereja menjadi sasaran seranga...

PAS Taiping kutuk bom gereja di Taiping

PAS Kawasan Taiping mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, di Taiping awal pagi ini. Saya meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau dan boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam. Kita berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan. PAS kawasan Taiping mengharapkan langkah segera perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meujudkan suasana tidak tenteram di Taiping.

Ketakutan Barat Kepada Islam

Imej
Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500 PARIS: Wanita Muslim yang menutup sepenuhnya anggota badan berkemungkinan didenda 750 euro (RM3,500) berdasarkan satu draf rang undang-undang yang dibentangkan pemimpin majoriti Parlimen negara itu, Jean-Francois Cope, di sini semalam. Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat. “Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu. Draf undang-undang itu akan dibentangkan dua minggu lagi dan akan dibahaskan di Parlimen selepas pilihan raya wilayah selepas Mac depan, katanya lagi. Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamka...

Banyakkan menerang bukan menyerang - Abdul Hadi

Imej
Nazri Abdullah SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara. Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan. "Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya. Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani. Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi kete...

URA-URA COLA NAK KENA POTONG !

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu. Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. “Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ek...

Gereja terbakar!!

Imej
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/01/gambar-gereja-diletup-dan-dibakar_08.html Back to top

PAS sokong himpunan aman bantah Mesir Jumaat ini

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 6 Jan: PAS menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman pada 8 Januari ini sebagai membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza. “PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Sehubungan itu, beliau menggesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan tersebut. Ini, katanya berikutan Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan 150 kenderaan membawa beratus-ratus...

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt - Us.Nasaruddin

Imej
Isu Penggunaan Kalimah Allah swt 1. Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam . 2. Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil tindakan terburu - buru dan diluar kawal dengan hanya berpandukan emosi khasnya kepada ummat Islam . Justeru , Islam adalah agama yang tetap benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar dan kuat . 3. Asalnya , agama Kristian [ Nasara ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil . 4. Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah swt Tuhan ya...

Terima Kasih BN Kerana Naikkan Harga Gula Sebagai Hadiah Tahun Baru

Imej
Posted on Friday, January 01 @ 00:00:33 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper Oleh: hermansamsudeen " Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini. Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. “Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsid...