Ketakutan Barat Kepada Islam

Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500

PARIS: Wanita Muslim yang menutup sepenuhnya anggota badan berkemungkinan didenda 750 euro (RM3,500) berdasarkan satu draf rang undang-undang yang dibentangkan pemimpin majoriti Parlimen negara itu, Jean-Francois Cope, di sini semalam. Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat.

“Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu. Draf undang-undang itu akan dibentangkan dua minggu lagi dan akan dibahaskan di Parlimen selepas pilihan raya wilayah selepas Mac depan, katanya lagi.

Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamkan sebagai mempertahankan hak wanita.
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita,” katanya. Pada masa ini, kalangan politik Perancis berbelah bagi sama ada mengharamkan burqa dengan parti Sosialis menentangnya tetapi pada masa sama tidak menggalakkan wanita Muslim menutup anggota badan sepenuhnya.

Kementerian Dalam Negeri berkata, hanya 1,900 wanita memakai burqa di Perancis.

Sumber : Berita Harian, 08/01/2010

Ketakutan Barat Kepada Islam

Inilah wajah sebenar kuffar Barat kepada Islam dan umat Islam. Pelbagai cara dilakukan oleh ahli politik mereka untuk terus menekan dan menindas kehidupan umat Islam. Perancis sebagai salah sebuah negara yang kononnya menyanjung tinggi dan memperjuangkan idea kebebasan dan hak asasi manusia telah menonjolkan wajah hodoh mereka yang sebenarnya. Mereka mencuba dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk terus menjadikan Islam dan umatnya sebagai sasaran kebencian di kalangan masyarakat. Pelbagai alasan dan helah dikemukakan untuk menjustifikasi apa yang sebenarnya tersimpan di dalam diri musuh-musuh Allah ini. Apakah alasan yang rasional dan konkrit bahawa burqa yang dipakai oleh seseorang muslimah itu terkait dengan isu keselamatan? Bukankah itu hanyalah semata-mata dalih yang diada-adakan? Nampaknya sekali lagi golongan sekular kuffar pada hari ini menggunakan pendekatan politik busuk mereka untuk menjayakan agenda jahat bagi memadamkan cahaya Allah SWT:

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.
[TMQ At- Taubah (9) : 32].

Disebalik kesombongan mereka, golongan kuffar ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menentang Sang Pencipta yang telah menciptakan mereka. Amat hina dan lemahnya tindakan mereka. Benarlah firman Allah SWT:




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI