Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Isu Lesen Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010

Posted on Friday, May 28 @ 19:30:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh NASHARUDIN MAT ISA Judi adalah jelas hukumnya disisi Islam. Allah SWT telah mengharamkan judi melalui firman-Nya di dalam Surah Al Maidah, Ayat 90 : Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." Begitu juga surah Al-Baqarah, ayat 219 : Maksudnya : "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" Sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya. Begitu juga, tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan ber...

JUDI SUKAN : MEMPERLEKEHKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA KATA PERKASA??

Posted by Uncle Ash under Articles Leave a Comment   AMK Muar merasa amat terkejut dan kesal dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan” – Surah Al Maidah Ayat 90. AMK Muar juga berpendapat da...

Majlis Dailog PAS Perak dengan paderi Kristian Ipoh

Imej
Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Langkawi. Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas. Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri...

Tumbangnya Keangkuhan BN Di Sibu. Sarawak Bukan Lagi Simpanan Tetap BN.

Keputusan RASMI: BN: 18,447 DAP: 18,845 Bebas: 232 Majoriti: 398. Baru padan dengan muka UMNO BN! Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ. Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu. Difahamkan majoriti pengundi Melayu yng menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN. Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park. Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amn...

PERKESO dalam Syarikat Arak

Imej
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/05/perkeso-dalam-syarikat-arak.html Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut . PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja . Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih . Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini ....

Jangan Jadikan Matlamat halalkan cara

Imej
Oleh Ingeniur Dalam Islam kita telah diajar bahawa sebarang pertaruhan atau pun dengan bahasa mudahnya JUDI adalah sesungguhnya HARAM! Tiada istilah menghalalkan sebarang bentuk perjudian atau pun pertaruhan ini waima diatas nama kebajikan sebagaimana suatu ketika dahulu diawal-awal kearah kemerdekaan negara kita (awal tahun 50an), UMNO telah cuba memperkenalkan Loteri Kebajikan atas dasar untuk membantu sumber kewangan parti dan juga menolong rakyat yang miskin pada ketika itu! Atas sifat ketegasan UMNO untuk melaksanakan ‘kebajikan' tersebutlah maka tercetuslah idea untuk para ulama yang berada didalam UMNO ketika itu untuk keluar daripada parti kerana membantah keputusan untuk mengadakan loteri kebajikan tersebut. Di negara kita, keunikannya ialah apabila wujudnya istilah judi halal dan judi haram walaupun terus terang semua orang tahu judi itu haram disisi Islam! Mengikut takrifan yang kita fahami, istilah ‘Judi Halal' itu ialah sebarang bentuk pertaruhan atau perjudi...

Hanya RM4 juta, murahnya nak jatuhkan PM kita

Imej
Posted on Friday, April 30 @ 11:15:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Dato Husam Musa Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar. Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah. Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah? PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya. Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah ...

Ulama anggotai kumpulan dikir barat

Muhd Yusri Amin    KOTA BHARU, 29 April: Kelantan mencetus satu lagi kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid. Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat. Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat. “Kenapa kita tidak pergunakan persembahan dilkir barat untuk saluran dakwah Islam. Hari ini kita melancarkan Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat,” katanya di Balai Islam, Lundang. Bagi melahirkan rasa gembiranya, beli...