Catatan

MUSLIM TAQWA YANG DIBIMBING RASULULLAH

Imej
Kaum Muslimin yang dibimbing secara langsung oleh Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kecemerlangan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi dan apa juga suasana yang mereka berada di dalamnya. Mereka mampu bertahan ketika menghadapi ujian bala bencana, menanggung penghinaan, ejekan, penentangan dan penyiksaan sehingga mereka terpaksa mengharungi lautan ke Habsyah dan meredah padang pasir ke Yasrib demi menyelamatkan agama mereka. Di hadapan Raja Habsyah, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua Muhajirin di Habsyah, telah memberi penerangan lengkap dan jelas mengenai Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, mematahkan hujah wakil pihak Quraisy yang menuntut agar kaum Muslimin dihantar pulang ke Makkah. Jelas sekali para sahabat Rasulullah s.a.w bukan sahaja memiliki ketahanan jiwa menanggung kesusahan malah mereka juga memiliki kecerdasan akal fikiran. Mereka adalah duta-duta Rasulullah s.a.w, menterjemahkan sifat-sifat baginda s.a.w iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Mereka boleh b...

TAQWA MENJANA KEMENANGAN

Seorang pejuang yang bebas dari sebarang jangkitan virus suma'h , ujub , riak , ananiah , takabbur malah 1001 mazmumah , pasti sahaja sirna raut kegembiraan pada wajahnya menjelang tiba Ramadhan al Mubarak . Manakan tidak ...... Ramadhan laksana " al Hira' " tempat bersuluk hati yang mencari redho Ilahi dalam setiap sentuhan dan bisikannya. Ramadhan jua menepati sebuah " halaqah " tempat muhasabah prestasi iman dan kualiti amal . Ketabahan dan kecekalan jiwa seorang pejuang turut ditempa dan dicerna melalui proses pendisiplinan diri di " mukhayyam " Ramadhan . Bahkan Ramadhan lebih berfungsi untuk melahirkan pejuang yang memiliki asas kekuatan malah senjata sakti untuk menempah tempoh kemenangan dengan membelah segala halangan . Kekuatan asas dan kesaktian senjata yang saya maksudkan ialah at Taqwa yang menjadi objektif utama orientasi Ramadhan. Firman Allah swt : يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من ق...

PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO - NIK AZIZ

Imej
KOTA BAHARU, 11 Sept : Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak". "Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang. "Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham. "Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertiny...

Pilihanraya Awal Jika Pakatan Ambil Alih Kuasa

Imej
Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.Naib PresidenPKR, R Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen."Kita mahu memastikan pilihanraya yang adil dan bebas. Untuk melakukannya kita perlu memberi kebebasan kepada media, membersihkan senarai pemilih dan memperbetulkan Suruhanjaya Pilihanraya," kata Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang."Ini boleh mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," tambahnya.Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS, mempunyai 81 daripada 222 kerusi Parlimen. Walaupun Barisan Nasional kini mempunyai kerusi majoriti, tetapi Pakatan yakin dapat mengubah keadaan itu.Pakatan memerlukan 31 lagi ahli Parlimen menyertainya untuk mendapatkan majoriti mudah sebanyak 112 - sesuatu yang dilih...

Nizar bakal terajui Persatuan Bolasepak Perak (PFA)

Imej
IPOH, 10 Sept : Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akhirnya menyahut cabaran untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) yang dilanda masalah kewangan, selepas enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini, mulai pertengahan Oktober ini. Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin secara terbuka mengatakan kesediaannya itu pada media hari ini (10 Ogos) selepas membuat kajian teliti daripada segenap aspek dan atas semangat kesukanan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu menguruskannya dengan lebih cemerlang. Beliau berkata, selama ini beliau bukan berdiam diri tetapi sebaliknya telah beberapa kali menonton perlawanan pasukan Perak di Stadium Indera Mulia untuk mendapatkan gambaran dan memahami apa kah peranan yang dapat dilaksanakannya. “Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM300,000 untuk menyelesaikan masalah gaji para pemain dan jurulatih pada bulan lepas, dan menjelang hari raya aidilfitri ini akan menyalurkan sebanyak RM250,000 lagi untuk m...

MB PERAK UMUM BONUS

Imej
Hari ini seluruh warga pegawai kakitangan awam negeri Perak menyambut gembira pengumuman bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM 1200 yang diumumkan oleh YAB MB Perak Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap dalam majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan. Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hariraya ini. Pengumuman ini membuktikan kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya terhadap kesan kos hidup yang semakin tinggi.

SAR DI PERAK MENERIMA BANTUAN MASING-MASING DARI KERAJAAN NEGERI - MISBAH

Imej
Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini tuntutan perjuangan mereka menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka. Suatu ketika beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini. Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, kalaupun dbayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi. Saya sendiri pernah berkhidmat di SAR sejak tahun 2000 hingga 2004, dan turut merasai penderitaan ini, bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan, dibayar setelah SAR dapat duit dari m...

KEMENTERIAN GAGAL, APABILA 9.56 JUTA PERALATAN PPSMI HILANG

Imej
Nyza Ayob Wed Sep 10, 08 7:24:01 am MYT KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Laporan Audit Negara 2007 yang menunjukkan berlaku kehilangan sebanyak 9.56 juta kehilangan peralatan program pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PSMBI) cukup memeranjatkan dan memalukan bagi pelajar-pelajar yang diperkenalkan dengan sistem pengajaran tersebut. Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menegaskan melalui laporan tersebut, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapati terdapat kecurigaan dalam jual beli peralatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan berlaku satu penyelewengan. Katanya, kehilangan peralatan bagi program pengajaran PSMBI itu juga menunjukkan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran tersebut. "Sekarang ini masalah semakin teruk dengan laporan audit ini. Sudahlah kegagalan pengajaran tersebut, ditambah pula dengan kehilangan peralatan pembelajaran tersebut. Apa sudah jadi di Malaysia ini? Ini cukup memalukan. "Sebab itu PAS men...

PROGRAM EHYA RAMADHAN DI PEJABAT SUK PERAK

Tazkirah Ramadhan diadakan setiap pagi selama 20 minit di bangunan Perak Darul Ridhuan melalui siaraya yang didengari oleh semua pegawai dan kakitangan pejabat.Disampaikan secara bergilir-gilir oleh YAB MB Perak sendiri, EXCO Agama, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan kerajaan Negeri, Dato’ Mufti, Imam Besar Masjid negeri dan lain-lain termasuk para ulama.Tazkirah Zohor juga turut diadakan setiap hari di Surau bangunan SUK, disampaikan juga secara bergilir-gilir oleh YAB MB, EXCO Agama, pegawai-pegawai Khas MB dan ustaz-ustaz dari JAIP.Suasana ini mengambarkan suasana Islamik di bangunan pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus menjawab tohmahan BN kononnya MB Perak dari PAS dihalang oleh DAP dalam melaksanakan imej Islam dalam kerajaan negeri.

DIMANAKAH SILAPNYA NIZAR JAMALUDDIN ?

Imej
Oleh solehpolysas " SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina. Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan. Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu. Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah...

SEMOGA KITA DINAUNGI KEPIMPINAN ULAMA

Imej
Roslan Shahir Mon Sep 08, 08 Bulan Ramadan ini sesungguhnya adalah bulan terbaik untuk bermuhasabah. Dalam keadaan berlapar dan berdahaga maka wajarlah kita bawa hati kita untuk mengkaji semula tindakan dan perbuatan kita selama ini apakah ianya telah memberikan manfaat dan faedah khasnya buat Islam ataupun kita rupa-rupanya selama ini berada dalam keadaan merugi dan membawa padah kepadanya Memang sukar untuk berterus terang walaupun terhadap diri sendiri, tetapi mudah-mudahan keberkatan Ramadan akan mencetuskan keikhlasan sehingga membawa kita untuk mudah berterus-terang dan meneropong diri tanpa prejudis. Di bulan inilah kita perlu mencuri peluang untuk banyak membaca dan mengikuti kuliah dan program agama bagi memantapkan kefahaman agama kita disamping memperbanyakkan membaca al-Quran, bersolat sunat, beriktiqaf dan berdoa. Ia laksana suatu persediaan bagi membolehkan kita mengharungi dengan jayanya bulan-bulan berikutnya di luar Ramadan nanti. Mengkoreksi diri setelah bermuhasaba...

DAKWAH

DA’WAH - الدَّعوَØ© Maksud da’wah ialah menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ). Sebagaimana firman Allah, Ù‚ُÙ„ْ Ù‡َذِÙ‡ِ سَبِيلِÙŠ Ø£َدْعُÙˆ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ عَÙ„َÙ‰ بَصِيرَØ©ٍ Ø£َÙ†َا ÙˆَÙ…َÙ†ْ اتَّبَعَÙ†ِÙŠ ÙˆَسُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَÙ…َا Ø£َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ الْÙ…ُØ´ْرِÙƒِينَ Maksudnya, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." ( Yusuf : 108 ) Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ) IALAH mengajak/menyeru kepada agamaNya iaitu ISLAM. Lihat firman Allah, Ø¥ِÙ†َّ الدِّينَ عِÙ†ْدَ اللَّÙ‡ِ الإِسْلامُ Maksudnya, “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. ( Aali Imran : 19 ). Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa da’wah...

DAKWAH DAN UJIAN

( الدعوة والمحنة ) Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam? Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah, وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “. Surah al-Buruj : 8. Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-put...

MB Perak tuan rumah Usrah Bulanan PAS Perak

IPOH, 6 Sept Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin telah sudi menjadi tuan rumah kepada majlis Usrah PAS Perak pada bulan ini tidak sepertimana biasa yang telah diadakan pada setiap bulan di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning, Taiping selama ini. Jadual majlis tersebut bermula dari berbuka puasa dan terus sembahyang Magrib. Selepas itu menjamu selera dengan hidangan Nasi Briyani dengan seramai 500 orang tetamu dengan kaedah makan bertalam bersama dan kemudian meneruskan sembahyang Isyak serta solat sunat Tarawih. Kemudian dimulakan aturcara dengan ucapan aluan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dan tazkirah oleh YB Zainuddin Exco Agama Negeri Perak dan seterusnya Menteri Besar sendiri. Penerangan bekisar perkembangan Kerajaan Negeri Perak.

Hati-hati Usaha terdesak pihak tertentu memerangkap MP dan Adun PR

Imej
Ingatan kepada seluruh ahli parlimen dan DUN Pakatan Rakyat berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali. Musuh sedang beredar di mana-mana sahaja.Pakatan Rakyat telah memerintah 5 buah negeri , maka banyaklah pembangunan yang akan dibuat. Peruntukan diluluskan untuk membangunkan negeri bagi keselesaan rakyat. Namun hati-hati dengan orang yang datang menawarkan diri sebagai orang yang bersedia membangunkan Projek-projek tersebut. Pastikan orang yang dating kepada kita atau orang yang diperkenalkan oleh sahabat kita disahkan dahulu latarbelakang mereka. Pastikan setiap pertemuan yang dibuat dihadiri beberapa orang saksi. Jangan lekas percaya dengan janji manis yang diucapkan. Saya bersetuju dengan apa yang telah dibuat oleh MB Perak iaitu setiap yang ingin berjumpa dengan MB atau Exco kerajaan Negeri Perak pastikan meninggalkan beg serta sampul besar juga Handphone di luar bilik ini untuk mengelakkan berlakunya perangkap rasuah yang dipasang pihak tertentu. Diingatkan juga jangan ...

HIKMAH SAHUR

Disalin dari: Meneladani Shaum Rasulullah Oleh: Syaikh Salim bin Ied Al Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid 1. Hikmah Sahur Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya: "Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183] Pada awalnya, hukum puasa adalah sama dengan apa yang ditetapkan bagi Ahlul kitab, yaitu tidal makan, minum, dan berhubungan badan setelah tidur (diwaktu malam). Artinya jika salah seorang diantara mereka tidur, maka dia tidak makan sampai malam berikutnya. Dan setelah di nasakh, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam memerintahkan untuk sahur sebagai upaya untuk membedakan antara puasa kita dgn puasa Ahlul Kitab. Dari Amr' bin al 'Ash Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbedaan antara p...

Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan'

Imej
dikemaskini Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja. "Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini . "Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran. Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan. "Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut pol...