Catatan

KEMATIAN TEOH :PAKAR KATA 80% KEMUNGKINAN HOMISID

Dari Malaysiakini Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’. Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh. Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri. Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar. Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu: 1) La...

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Harakahdaily Wed | Oct 21, 09 | 11:46:13 am MYT SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh. Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri. Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues ...

Politik Perak :Siapa yang buat kecoh ?

Oleh:SofiWahab Dengan muka yang tidak malu Presiden Umno, Najib Tun Razak semalam mengingatkan Pakatan Rakyat di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini. Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang. Persoalannya siapa yang memulakan kekecohan? Semua ini bertitik tolak dari tindakan BN yang diketuai Najib merompak kuasa dan mandat rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak lama dulu. Selepas itu kekecohan demi kekecohan dilakukan BN termasuk membawa anggota keselamatan memasuki dewan untuk mengheret Speaker DUN, V Sivakumar dan dikurung di dalam stor. Perlantikan Speaker 'Haram', Ganesan juga tidak dibuat mengikut peraturan Dewan malah Ganesan sendiri melangga...

BN Perak tabur dakyah dan cuba balas dendam - Dr khairuddin Dato' Malek

Imej
Posted on Monday, October 19 @ 01:07:18 PDT by Paktam Penghujung Ramadan lalu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Jamaie telah berkunjung ke Mesir untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wakil HAMAS di Kahirah. Sempena lawatan ke Mesir itu juga, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malek bersama rombongannya berkesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Terbongkar kisah kedatangan dua Adun lompat, Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi bertemu para pelajar di sana. Ikuti wawancara Wartawan Harakah Perak, JOHARI JAAFAR bersama beliau. Difahamkan pemergian Dr. bersama rombongan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Perak (Jamaie) ke Mesir bulan lalu untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Pelestin. Boleh ceritakan sedikit? DR. KHAIRUDDIN DATO' ABDUL MALEK: Sebenarnya lawatan kami ke Mesir pada 8 hingga 15 September lalu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan kepada rakyat Palestin.Selama enam bulan pihak kam...

BAGAN PINANG : ANALISA AWAL

BAGAN PINANG: ANALISA AWAL Posted on Oktober 14, 2009 by ustaz idris ahmad BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan. -Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau -Demografi pendu...

Umpama merampas Permatang Pauh !!!

Imej
Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh Zulkifli Sulong Tue | Oct 13, 09 | 11:49:00 am MYT KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim. Iklan Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan. Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang. Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti. Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini. Isa menda...

ISA YANG MENANG !! BUKANNYA UMNO...

Imej
'Kemenangan Isa, bukan Umno' Jimadie Shah Othman kemaskini 6.12pm Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik. "Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti. "Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi. Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu. Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin set...

Teruskan lagi perjuangan !!!

Teruskan perjuangan !! kita sedang di uji oleh allah taala..N9 dan melaka adalah kemungkinan negeri terakhir sekali utk ditawan PR .Tetapi tidak mustahil ianya dapat di tawan seandainya kita bekerja kuat.Kebanyakan Rakyat bawahan tidak mengetahui perkembangan politik semasa. Masih lagi belum bersedia untuk berubah . Masalah kenegaraan dan politik tidak diambil peduli !! janji kehidupan makan minum tidak terjejas. orang sebegini senang di umpan dan sering kena tipu dek umno jer tiap kali pilihanraya.

Gempa di Padang satu iktibar dari Al- Quran

Imej
Iktibar dari Al Quran 1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan . 2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa . 3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt . 4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt . 5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sem...

UNDI POS : Bukan lagi Milik UMNO !!!

Undi POS : Bukan lagi Milik UMNO 1. Perhatian utama pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi Pos . Bilangan undi Pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN . 2. Kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja . 3. UMNO dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang . 4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , UMNO dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi...

SIS dan Konco-konconya memang wajib di haramkan !!!

dari blog dewan ulama Perak http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/ Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh : 1. Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada Sisters in Islam (SIS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); 2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan 3. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) ( http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=972&Itemid=1 ) Dewan Ulamak Negeri Perak memandang berat kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) mengenai isu hukuman sebat terhadap Kartina. Dewan mendapati kenyataan tersebut mengandungi unsur prejudis yang keterlaluan dan amat berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni dan kebencian rakyat terh...

SIS KIAN MELAMPAU !!!

Imej
Us. Nasaruddin Tantawi 1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak . 2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini . 3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak . 4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat...

Ramainya Penyokong BN di bagan Pinang !!!

Imej
Penyokong Pakatan Rakyat yang berarak mengiringi calon di anggarkan sekitar 50 ribu Penyokong BN di anggarkan sekita 5 ribu (mungkin kurang lagi kot !!)

Lagi Lubang penipuan Undi Pos di bongkar !!!

Lagi lubang penipuan undi pos dibongkar Nazri Abdullah Fri | Oct 02, 09 | 6:23:02 pm MYT TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos. Iklan Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan. Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini. Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini. Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan. "Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP. Apa yang paling diragui katanya apabila kesemua anggota yang te...

Kalau macam ni mana boleh jadi !!!!

PAS dakwa hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang Abdul Rahim Sabri Okt 2, 09 2:53pm PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ. Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang. Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. "(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang. "Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita. "Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini. ...

Qunut Nazilah !!

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatanmereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka, Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang maha menghukum, Wahai Tuhan yang bersifat murka, Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, Kalahkan mereka,Kalahkan mereka, Ka...

KORBAN GEMPA MENINGKAT LEBIH 500 ORANG !!!

Gegaran susulan dijangka akan berterusan untuk beberapa hari ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera barat, semalam. Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku hari ini dan pada beberapa hari akan datang dijangkakan semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).JMM berkata sejak semalam, lapan gegaran susulan direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter. Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari ini iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya.JMM berkata gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang dan tidak mengancam Malaysia....

PAS CALONKAN ZULKEFLI !!!

Imej
Abdul Rahim SabriSep 29, 0911:59am Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson. Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN. Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

ISA SAMAD CALON BN DI BAGAN PINANG !!!

Imej
Abdul Rahim SabriSep 29, 095:29pm Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi. Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan. Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap ...

GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN !!! - PJ PERAK

Imej
Oleh : mohd hafez sabri Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.” “Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan...