Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008
Imej
Oleh al-bakistan i "Pilihanraya ke 12 sudah berlalu. Keputusan Pilihanraya yang menyebabkan dunia menerima kejutan. Pihak Barisan Nasional terkejut dengan berita kekalahan teruk, pihak Pakatan Rakyat pula terkejut dengan berita kemenangan yang tidak disangka-sangka.Dalam satu majlis ijtimak PAS Selangor sebelum pilihanraya, pihak Jabatan pilihanraya PAS Selangor mengatakan, kita bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat. Tetapi, dengan kejayaan piliharaya kali ini, sepatutnya kita kena bersedia menjadi pemerintah yang kuat, bukannya pembangkang yang kuat. Pun begitu, kemenangan hendaklah diterima dengan ridha dan berusaha kearah membina sebuah pemerintah yang kuat, agar kemenangan ini tidak menjadi fitnah kepada kemampuan pada pemerintahan Pakatan Rakyat. PERJANJIAN HUDAIBIYYAH Membaca sirah nabi, kita akan dapati satu keadaan, yang mana Nabi Muhammad SAW telah mengadakan satu perjanjian antara orang islam dan Kuffar Quraish. perjanjian yang dimetri bermula dengan mimpi Nabi S...

PEMELIHARAAN BABI PADA PANDANGAN ISLAM

Imej
Babi merupakan binatang yang dikira najis disisi Islam. Penentuan najis itu disebut oleh Allah dalam firman-Nya; إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ Maksudnya; “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173) Firman Allah ini, menjelaskan kepada kita bahawa babi merupakan makanan yang haram dimakan [1] . Pengharaman ini dikhususkan kepada orang islam, bukan kepada non muslim. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, wajib bagi pihak kerajaan Islam memberi kebebasan kepada mereka dalam menentukan makanan mereka sendiri walaupun makanan tersebut haram dimakan oleh orang islam [2] . Menghalang kebebasan Non Muslim dalam menentukan makanan yang dihalalkan oleh agama mereka merupakan tindakan yang zalim dari sudut syariah islamiyyah. Hal ini diakui oleh seorang ulama bermazhab Hanafi bernama Al-Kasani dengan katanya; فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُم...

HUKUM MENGHADIRI MAYAT BUKAN ISLAM

Imej
Islam memuliakan manusia sama ada semasa ia hidup atau selepas ia mati. Sebab itu orang Islam yang mati wajib diuruskan dengan cara yang terbaik sehinggalah ia dikebumikan (dikembalikan kepada asal kejadian). Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka) Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah. Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabi...

PERMAINAN KUTU & CABUTAN GILIRANNYA

Imej
Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :- Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus. Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahul...

JANGAN SEMPITKAN DEFINASI MENYERANG ISLAM

Imej
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Umat Islam sedunia berhak menunjukkan rasa marah di atas sikap kurang ajar Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bertanggungjawab di atas penerbitan filem pendek yang berjudul Fitnah. Ironisnya tajuk filem Fitnah tersebut memfitnah Islam dan Al-Quran. Filem tersebut cuba menonjolkan kononnya Al-Quran menyeru kepada keganasan. Pada 7 Mac 2008 filem tersebut telah disiarkan di internet . Antara lain filem fitnah tersebut memfitnah kononnya serangan penggananas pada 11 September dan 7 Julai di London hasil daripada inspirasi Al-Quran. Filem tersebut dimulakan dengan satu amaran kepada penonton kononnya filem tersebut mengandungi imej yang memeranjatkan ( very shocking images ). Tidak cukup dengan itu, muqaddimah filem tersebut dengan secara kurang ajar menayangkan kartun daripada seorang Kartunis Denmark, Kurt Westergard yang melakarkan potret yang didakwa potret Nabi Muhammad s.a.w dengan bom di atas kepala Baginda. Banyak lagi tuduhan jahat yang terdapat...

PERTOLONGAN ALLAH

Imej
Monday, April 14, 2008 إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا فسبح بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan nescaya engkau akan menyaksikan manusia berduyun - duyun menyertai agama Allah , maka bertasbihlah dengan segala kepujian tuhanmu dan beristighfarlah ( mohon ampun kepada Allah ) sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha menerima Taubat . Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari ayat di atas .: 1. Pertolongan Allah swt. dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti akan berlaku dan ianya telah ditetapkan didalam planner Ilahi. Kemenangan itu hadhir setelah melalui proses pembentukan aqidah yang utuh dan pengorbanan yang jitu . 2. Kemenangan Islam membawa manusia beriman dan menerima Islam justeru mereka mula yakin akan keupayaan Islam memimpin dan memerintah . Bahkan mereka yakin bahawa Islam adalah agama yang suci , mulia dan kuat . ( umumnya berasaskan fitrah , manusia suka berpaut kepada yang mulia dan b...

FATWA SEMASA MENGENAI HUKUM MEROKOK MENJURUS KEPADA HARAM

Imej
Muhammad Syafiq Fri Apr 11, 08 11:38:14 am MYT Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak. Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri. 1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan. 2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat. 3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah penda...

SINAR CAHAYA AYAT AL-KURSI

Imej
Lukman Hakim Fri Apr 18, 08 4:13:02 pm MYT Hari Jumaat ini (18 April) ada beberapa e-mel saya terima sebagai panduan hidup. Ini adalah salah satu daripada e-mel itu untuk dikongsi bersama pembaca. -->--> Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis: 1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh. 2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir t...

SOLAT TERAPI HEBATKAN MINDA

Imej
Muhammad Shafiq Fri Apr 18, 08 11:41:06 am MYT Baru-baru ini saya menerima e-mel ini. Selepas menelitinya, saya berpendapat baiklah saya menghantarnya ke ruangan Surat Pembaca untuk manfaat bersama. Jika ada kesilapan dan fakta tidak tepat saya memohon seribu kemaafan. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'. Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed). Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa s...

KESALAHAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Imej
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka ...

PRODUK BELANDA DI MALAYSIA !

Assalamualaikum Berikut adalah senarai produk dari Belanda yang ada di Malaysia. Maklumat diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia. (PPIM) - http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ Tolong sebarkan... Duyvis - Makanan Ringan Lego - Kismis Dutch Lady - Susu Ferrero Roche - Coklat Kieldsens -Coklat Venz -Mentega Coklat Kinder Bueno -Coklat Wall's - Ais Krim Pickwick -Teh Lipton -Teh Knorr -Perisa Makanan Bertolli -Minyak Masak Gouda -Keju Doriana - Keju Krim Planta -Magerin Lady's Choice -Magerin Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan Clear -Shampoo Sunsilk -Shampoo Cif -Pencuci Lantai Robin -Pencuci Lantai/Pakaian Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian Omo -Pencuci Lantai/Pakaian Breeze -Pencuci Kain Sun -Pencuci Kain Surf -Pencuci Kain Wishbone -Pencuci Kain Dove -Mandian Lux -Mandian Radiant -Deodoran Rexona -Deodoran Fair & Lovely -Produk Kecantikan Ponds -Produk Kecantikan Labello -Lip Balm Vaseline -Lip Balm Slimfast -Produk Pelangsing I...

HINANYA MENJADI GURU/PENDIDIK

Imej
Oleh zentari_1 "Keperluan terhadap guru sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan di negara kita berjalan degan lancar. Tetapi dalam pada masa yang sama waktu kini, pelbagai cerita , rencana dan tihmahan yang dilemparkan terhadap guru. Adakah hina menjadi guru pada masa kini. Kebanyakan hinaan dan tohmahan berkisar pada cara guru menghukum pelajar. Ada yang dirotan,ditampar, ditendang dan sebagainya lagi. Namun begitu, kisah ini adalah kisah yang terpinggir tetapi telah dibesarkan oleh media, apa tujuannya, untuk menyedarkan masyarakat bahawa guru ini adalah satu kumpulan tenaga pengajar yang ganaskah? Kita imbau kembali zaman arwah ayahku dan zaman aku sendiri bersekolah dan kini aku menjadi seorang guru. Menurut cerita arwah ayahku, apabila guru menghukum contohnya memberi penampar, maka murid akan berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi pengajaran kepadanya. jika arwah ayahku mengadu kepada arwah datukku maka bonus tambahan akan diberi pula. jika guru ...

Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN

Imej
Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN Ustaz Zainudin Hashim Tue Mar 18, 08 10:07:52 am MYT Dalam apa jua bidang kehidupan manusia, hubungan mereka dengan Maha Pencipta tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. -->--> Kerana Maha Pencipta yang telah menjadikan manusia, merencanakan penciptaan-Nya hanya untuk tunduk kepada-Nya melalui penyembahan hakiki atau dikenali sebagai ibadat khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, pelaksanaan undang-undang Islam dan sebagainya. Semua amalan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan bentuk yang lebih sempurna jika manusia hanya memikirkan persoalan kehidupan duniawi seperti aspek cari makan dengan mengenepikan persoalan pemerintahan sesebuah negara. Kemungkaran berlaku di mana-mana dalam bentuknya yang tidak pernah tergambar oleh fikiran Muslim negara ini. Jika seorang Muslim hanya memikirkan untuk beramal ibadat tanpa mengambil kira persoalan pemerintahan atau kepimpinan negara, ditambah percambahan maksiat secara...

JIHAD ISLAMI :PRINSIP PEMULIHAN IZZAH UMMAH

Imej
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi Realiti ummah dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh – musuh Islam samada di peringkat internasional mahupun nasional.Mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu system yang sangat asing dari Manhaj Islamiyyah , malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideology ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri. Seluruh anggota ummah ini kaku dan lesu dibius oleh musuh – musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala riddah yang sangat mencabar maruah ummah. Agama diperkosa , nilai akhlak Islami dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati . Segalanya berlaku di hadapan mata ummat Islam dewasa kini , tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka , mereka bagaikan dipasung . Paling menyedihkan , terdapat sebahagian ummat Islam yang menjadi tali barut musuh dan agent yang menikam Islam da...

MENGENAI JIHAD

Imej
1. PENDAHULUAN Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam. 2. TAKRIF JIHAD Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tena...