MB PERAK BERADA DI PULAU PANGKOR


LUMUT, 29 Nov :-Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menjejak kaki ke Pulau ini setelah 9 bulan diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kuliah Maghrib di Masjid Teluk Raja Bayang di Pulau pangkor di sini malam ini.Dalam lawatan ke Pulau Pangkor ini YAB Menteri Besar telah diaturkan beberapa program utama iaitu pada jam 5.30 petang tadi telah diadakan Program Hi Tea di Warung pak Usop di Sungai Pinang Besar yang di hadir oleh hampir 300 orang Melayu, Cina dan India.Pada sebelah malam pula YAB Menteri Besar memenuhi jemputan AJK Masjid Pangkor untuk memberi kuliah Maghrib yang dihadiri oleh 100 orang penduduk setempat.

"Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" tegasnya.Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amnah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi.
Bagi Ceramah di Dataran Pangkor Pasir Bogak pihak penganjur membaris MB dengan ADUN Titi Serong yang dihadiri oleh lebih 300 orang pendengar.Dalam ucapannya Drs. Khalil menumpukan ucapannya dalam bahasa Mandarin sebagai meraikan kehadiran kaum Cina yang agak ramai.Antara kupasan yang diberikan ialah tentang keyakinan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS telah berubah di kalangan kaum India dan Cina. Putar belit yang dinyatakan selama ini telah tidak dipercayai oleh dua bangsa tersebut.Menteri Besar mengupas tentang dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan termasuk mengadakan Takaful kifalah yang memperuntuk RM 1000 kepada warga emas 65 tahun ke atas yang meninggal dunia."Adakah dakwaan akan hura hara dan hara huru yang didakwa bila kita menang dan memerintah benar" tanya Menteri besar.Ir. Nizar juga menyatakan kekesalannya dengan sikap Perak FM yang tidak menyiarkan dan memberi peluang kepada nya untuk bercakap.
Kedua-dua penceramah juga mnegupas tentang kezaliman ISA yang wajib ditolak orang rakyat termasuk di Pulau Pangkor.Program terakhir ialah pada 30 November YAB Menteri Besar akan menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Teluk Gedung yang dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI