SPR : Dua exco Perak masih Adun
Feb 3, 09 1:00pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.
Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu masing-masing sebagai wakil-wakil Behrang dan Changkat Jering.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.
Pada hari yang sama Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa.
Surat peletakan jawatan itu diserahkan selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas.
Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti."

Ulasan
Catat Ulasan