Teori RAHMAN : N Untuk Nizar (?)

Teori RAHMAN: N Untuk Nizar (?)

Satu ketika orang heboh perkatakan teori R.A.H.M.A.N yang menjadi semakin benar jika melihat arah-aliran nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.

Kini selepas Abdullah Ahmad Badawi, muncul huruf N.

N pula membawa dua nama di tengah gelanggang berdasarkan senario politik negara yang begitu signifikan sekarang ini. 

Yang pertama ialah Najib. Dan sememangnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Abdullah akan melaksanakan pelan peralihan kuasanya secara rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri sekalipun terpaksa menelan hati kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri selama dua penggal tidak kesampaian.

Namun kini di dalam senario politik tanahairmuncul N yang kedua. Nizar namanya.Nama NIZAR tiba-tiba meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia ekoran tindakan durjana Najib yang merampas kuasa kerajaan Nizar di Perak.

Sepertimana rakyat Malaysia tidak menduga bahawa selepas Mahathir ialah Abdullahkerana waktu itu nama yang menjadi sebutanpada peringkat awal bukanlah Abdullah. "A" yang dimaksudkan pada masa itu ialah ANWAR yang merupakan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Anwar hanya tertinggal setapak sahaja lagi waktu itu untuk naik sebagai Perdana Menteri yang apabila tiba-tiba musibah menimpanya menyebabkan nama Perdana Menteri yang naik ialah "ABDULLAH".

Najib yang kini terbelenggu dengan pelbagai masalah, malah sudah ada banyak tanda-tanda di waktu kakinya mula melangkah menaiki takhta Perdana Menteri hujung bulan ini, sudah begitu ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menjadi PM sekalipun beliau telah memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding di dalam pemilihan UMNO tahun ini.

Rakyat Perak rata-rata menolaknya. Malah satu ketika beliau sendiri telah dinasihatkan oleh Polis jangan menjejakkan kakinya ke Perak kerana pihak Polis tidak berupaya untuk mempastikan keselamatannya di negeri itu. 

Beliau dianggapkan oleh seorang tokoh politik sebagai seorang yang tidak bersifat negarawan apabila melakukan rampasan kuasa di Perak. Beliau dilaporkan juga bakal "ditelanjangkan" jika berani mengheret seorang pemimpin PKR yang telah mendedahkan isu rasuah Najib yang cuba menaburkan jutaan ringgit bagi mendapatkan perkhidmatannya memjuk ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat untuk melompat parti.

Ada orang yang begitu phobia jika disebutkan nama Najib. Ada yang dah pijak-pijak gambar Najib. Ada yang dah sembut cat kat wajahnya di lebuhraya. Ada juga yang dah bercita-cita yang menunggu ketibaannya dengan hadiah lemparan sepatu buruk.

Begitu dasyat kebencian rakyat kepada Najib. Belum pernah berlaku terhadap mana-mana bakal Perdana Menteri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI