Catatan

ISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz

Imej
Muhammad Yusri Amin Wed | Sep 24, 08 | 3:15:27 pm MYT KOTA BHARU, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia. Iklan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan. "Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil. "Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah I...

Petanda Kejatuhan Empayar BN Semakin Jelas

Imej
Md Hakimi Tue Sep 23, 08 5:22:50 pm MYT TANAH MERAH, 23 Sept (Hrkh) ? Tiada sesiapa mampu menjangka Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri penguasaan kerajaan di peringkat pusat dan bakal menggantikan ketuanan Barisan Nasional (BN). Biar apa pun kebangkitan rakyat pada Mac lalu membolehkan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan diterajui di bawah Pakatan Rakyat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan pula nyaris terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tiada yang menyangka orang PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor negeri termaju boleh terlepas kepada Pakatan Rakyat. "Kerana itu tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hilang dua pertiga majoriti di parlimen boleh tumbang dalam tempoh terdekat ini kerana petandanya semakin jelas. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada Mac lalu juga sesuatu di luar kotak pemikiran pimpinan BN sebelum ini. "Ber...

Beranikah Abdullah istihar pilihanraya mengejut ?

Imej
Shirzat Lifeboat Tue Sep 23, 08 9:38:13 am MYT Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri. Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu. Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat. Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan...

MEMBINA KEKUATAN UMAT MENANGKIS SEKULARISME

Imej
Dipetik daripada tulisan : Y.Bhg Tuan Haji Abd. Ghani Samsudin Mukaddimah Pandangan hidup yang mempersetankan (mengkesampingkan) agama dan menganggap agama sebagai suatu halangan ke arah mencapai tahap kemodenan dan kemajuan madani memang wujud dalam masyarakat moden sekarang. Walhal menurut para pengkaji sejarah, bangsa primitif sekalipun yang telah membina berpuluh-puluh tamadun purba rata-rata menjadikan agama sebagai asas tamadun mereka. Malangnya dewasa ini masih terdapat ‘spesis’ manusia zaman moden yang melihat agama sebagai beban dan tidak relevan dengan kehidupan manusia. Mereka melihat agama sebagai sumber perpecahan dan pertentangan. Kehidupan ini menurut mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia samada untuk mengatur negara, kepimpinan politik dan pengagihan kekayaan atau pelaksanaan undang-undang. Pembabitan Tuhan hanya akan menyusahkan manusia. Dalam politik, Tuhan tidak ada. Kalau adapun Tuhan harus dihalang dari ter...

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Khalifah yang Agung

Imej
Biodata Ringkas Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab T/Lahir : 61H Umur : 39 tahun Tarikh M/Dunia : 101H Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahT arikh Lantikan : Safar 99H @ 717M Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan Pendidikan Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya) Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta...

PAKAIAN DAN CARA PEMAKAIAN KHALIFAH UMAR IBNU ABDUL AZIZ

Pakaian & Cara Pemakaiannya Seorang ulama’ Quraish meriwayatkan: Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata: Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku. Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru. Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian. Pakaian solat Seorang pengawalnya berkata: Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya. Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki: Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat. Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab: Sesung...

Najib mahu Zahid jadi timbalannya?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Mon Sep 22, 08 5:14:08 am MYT KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara. Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya. Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab. Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid. Selain itu, mereka percaya, jika...

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 4:25:49 pm MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja tidak diterima di negeri-negeri lain malah pemimpin Umno di negerinya sendiri, Pulau Pinang, memberikan gambaran yang sama. Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini. "Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun," kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP. "Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan. "Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa," katanya. Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lew...

Abdullah batalkan hasrat berundur - blogger Umno

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 1:45:00 am MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan hasratnya untuk meletak jawatan Oktober ini, kata blogger Umno, Amin Yatim (cuitsikit.blogspot.com) Malah, menurut maklumat yang beliau terima, Abdullah akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno Disember ini. Menurut Amin, walaupun selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu Abdullah dikatakan akan meletak jawatan sebelum 9 Oktober, namun desakan menantunya Khairy Jamaluddin, Pegawai Khasnya Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Setiausaha Politiknya yang juga Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad menjadi punca perubahan ini. Mereka meyakinkan Abdullah bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan Abdullah sebagai Presiden Umno, kata blogger itu. Isu perubahan kepimpinan bertiup kencang semula selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Menurut Amin, Bekas Perdana ...

PASTIKAN PAS TERUS BERGERAK IKUT LANDASAN ISLAM

Roslan Shahir Fri | Sep 19, 08 | 3:55:14 pm MYT Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias. Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh k...

IHYA DI MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN..

Imej
Ustaz Zainuddin Hashim Tazkirah Ramadan Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya) Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya. Mereka dengan...

ADAKAH KITA MUSLIM YANG ISTIQAMAH DALAM IBADAH SEHARIAN

Imej
Ustaz Zainudin Hashim Tazkirah Ramadhan Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus (Siratol Mustaqim), iaitu jalan yang lurus tanpa liku-liku atau condong ke kiri atau kanan meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau yang batin serta meninggalkan segala larangan Allah SWT. Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah, kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah, tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang muslim. Istiqamah atau boleh juga disebut makna yang hampir dengannya iaitu iltizam (komited) dengan Islam yang membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta. Dengan kata lain, istiqamah itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidu...

Pas akan sertai perubahan kerajaan dengan syarat islam memandu

Imej
Izwan Abdul Halim Thu Sep 18, 08 1:31:35 pm MYT KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam. Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam. "Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan. "PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir. Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda ...

SUASANA ISLAMIK MULAI DIRASAI DI BANDARAYA IPOH

Imej
Ihya' Ramadhan anjuran kerajaan negeri mulai menghidupkan suasana Islamik di bandararaya Ipoh setelah dilancarkan 4 September yang lalu oleh YAB MB Perak Darul Ridhuan. Bermula pada malam 15 Ramadhan dan seterusnya setiap malam sehinggalah kemuncaknya pada 27 Ramadhan.Dataran Bandaraya Ipoh tidak lagi dikunjungi oleh kaki lepak, mat rempit dan remaja yang berpasang-pasangan. Sebaliknya kini, ia kunjungi oleh orang ramai untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isya', tarawikh berjamaah dan tazkirah. Program julung-julung kali ini diadakan mendapat sambutan yang baik oleh seluruh lapisan masyarakat. Pengisian utama program Ihya' Ramadhan ini ialah Tazkirah yang disampaikan oleh para pendakwah dari seluruh negara. Peluang ini digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada penghuni bandaraya Ipoh. Selain itu, semua pejabat-pejabat kerajaan diarahkan oleh MB Perak supaya mengerjakan solat Zohor berjamaah dan diikuti oleh Tazkirah. Bangunan Perak Darul Ridhuan yang menempatkan...

Datuk Seri Anwar mungkin tahanan ISA berikutmya ! - Parlimen Ampang

Imej
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Kini jelas tindakan tersebut merupakan satu cara bagi mengagalkan misi penubuhan kerajan baru sekaligus mahu memerangkap Anwar di bawah tahanan ISA. Ini dapat di perkuatkan lagi dengan kenyataan beliau di mana Anwar kini mengancam keselamatan negara dan mungkin tindakan segera akan di kenakan terhadap beliau. Sedang Barisan Nasional terdesak pelbagai cara yang langsung tidak bermain di fikiran kita di lakukan. Lihat sahaja penukaran portfolio yang di lakukan.Makin jelas kelihatan tujuan sebenar penukaran portfolio antara Najib Tun Razak dan Abdullah Ahmad Badawi yang kini menteri pertahanan. Namun pembentukan kerajaan baru tidak boleh di halang kerana ia merupakan kebangkitan rakyat.Perdana Menteri juga menyalahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas tindak-tanduk Anwar selama ini yang bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi ju...

Tukar portfolio, talian hayat Abdullah/Umno - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Sep 17, 08 | 5:23:23 pm MYT SEREMBAN, 17 Sept (Hrkh) - Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakhdaily hari ini bagi mengulas senario kekalutan Abdullah merombak kabinet serta-merta. Bernama melaporkan, Abdullah dan Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010. Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti. Mengulas lanjut perkembangan itu, Mahfuz menyifatkan Abdullah merombak kabinet hanya kerana bimbang dengan...

NAJIB KINI MENTERI KEWANGAN , PAK LAH MENTERI PERTAHANAN

Beh Li Yi | Sep 17, 08 2:36pm Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan. Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta. Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet. Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib. Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010. Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini. Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerah...

DSAI : LEBIH 31 MP BN SERTAI PAKATAN

Imej
Oleh pokweil " Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi. Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan. "Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya. Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut. "Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk mel...

PKR : Akan Mengadap Agong

Imej
Oleh pokweil " Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional. Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, langkah ini akan berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam". "Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi. Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata Pakatan mungkin mendapat campur tangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin untuk meyakinkan baginda berbuat demikian. "Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi. 'Sudah ada 116 MP' Awal pagi ini, agensi ...