Catatan

MAHATHIR , NAJIB MENCIPTA MASALAH DALAM UMNO

Imej
Safar Jumaat Wed Oct 22, 08 2:31:52 pm MYT KETIKA kebimbangan mendatangi Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan mengatakan ada orang Umno cuba menyekat kemaraan Najib Tun Razak untuk jadi PM (lihat Harakah Bil 1383 20-23 Oktober 2008), tidak ramai yang ingat, dialah orangnya yang 'menyebabkan Najib sampai hari ini masih belum menjamah kerusi Perdana Menteri. Disebabkan Dr Mahathir berkeyakinan penuh, orang-orang Melayu (dalam Umno) mudah lupa, maka, ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sepatutnya, orang-orang yang menyokong Najiblah sepatutnya mengatakan, "Dr Mahathirlah orangnya yang menyebabkan Najib tidak jadi PM." Apa tidaknya, ketika Najib tidak pernah tewas dalam semua pertandingan Umno, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1993, akibat serangan 'team wawasan' yang diketuai Anwar Ibrahim, - apabila berlaku kekosongan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ekoran pemecatan Anwar, Dr Mahathir melantik Abd...

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI

Oleh;Ummi Hani Abu Hassan PENGENALAN Islam yang gemilang muncul pada abad ke 7m ketika Rasulullah SAW menyebarkan risalah tauhid sehingga bertebaran ke seluruh tanah Arab. Dakwah baginda SAW kemudiannya diteruskan oleh empat khalifah utama iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA ¬632-634, Saidina Umar al-Khattab RA 633-644, Saidina Uthman bin Affan RA-644-656 dan Saidina Ali bin Abi Talib RA- 656-661. Sepanjang tempoh itu, Islam berjaya menakluk sebahagian dunia. Di zaman Khalifah Abu Bakar, tentera Islam melancarkan serangan ke atas kerajaan Rom Timur di Iraq. Penguasaan Islam berlanjutan di zamah Khalifah Umar al-Khattab apabila tentera Islam berjaya menguasai wilayah Parsi dan Rom di Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia. Selepas kewafatan Umar, Khalifah Uthman meneruskan taklukan ke atas Iran, Afrika Utara dan Cyprus. Pergolakan dalam pemerintahan Islam tercetus di zaman Khalifah Uthman bin Affan sehingga berakhir dengan pembunuhan ke atas baginda RA. Ia dikatakan berpunc...

MEDIA INTERNET GUGAT KUASA UMNO / BN ?

Imej
Media internet gugat kuasa Umno/BN? Suhaimi Taib Tue Oct 21, 08 11:28:34 am MYT Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai niat tertentu khususnya terhadap media internet kerana parti itu percaya media tersebut mempunyai pengaruh terbesar mencetuskan idealisme rakyat hari ini sehingga mencapai tahap menggugat kuasa politik parti itu. Kemenangan besar parti-parti yang kini masih dianggap pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu sebagai bukti antara lain cetusan kempen media internet memberi kesan secara tidak langsung terhadap kemenangan tersebut. Justeru Kabinet Kerajaan BN merasa bimbang dengan perkembangan ini sejak dari awal lagi sehingga antara lain mengambil tindakan terhadap pengendali-pengendali blog popular seperti Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain atas dakwaan kononnya tulisan mereka mengancam keselamatan negara. Dipercayai idea penubuhan Majlis Media Kebangsaan satu fenomena ketakutan BN terhadap perkembangan tersebut. Idea dan komitmen majlis berkenaan dikatakan...

SULTAN TEGUR KERAJAAN PUSAT LAMBATKAN PROJEK PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Imej
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Mon Oct 20, 08 6:52:21 pm MYT KOTA BHARU, 20 Okt (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan. Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu. Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan. "Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini. Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Sebelum ini ketibaan baginda disambut S...

MB PERAK RASMI KAMPUNG BERUSIA 500 TAHUN

MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Sat Oct 18, 08 9:42:45 am MYT KUALA KANGSAR, 18 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamalluddin telah merasmikan sebuah kampung unik berusia 500 tahun iaitu Kampung Cagar Galah, Pekan Sauk 20 kilometer dari sini petang semalam. Kampung tersebut telah dibuka oleh seorang Sultan dari keturunan keluarga 'Jamallulail' kira-kira 500 tahun lalu di Kampung Cagar Galah itu yang menjalankan pemerintahan Islam di situ dengan mengamalkan hukum hudud. Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah disambut oleh Yang Dipertua Persatuan Keluarga Kumpulan Jamallulail Seluruh Malaysia , Tuan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail dan telah menyampaikan sebuah cendera hati tanda kebesaran keturunan Jamallulail. MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Dato' Seri Nizar telah menandatangani sebuah papan tanda persatuan tersebut untuk diabadikan yang disaksikan oleh Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd....

USAHA TERAKHIR ABDULLAH MEMBAWA MUHYIDDIN "TERSUNGKUR" BERSAMA

Imej
Safar Jumaat Mon Oct 20, 08 10:22:58 am MYT CALON Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak perlu risau untuk mendapat cukup percalonan yang membolehkan dia layak bertanding jawatan nombor dua itu, kerana ada satu usaha dari beberapa pihak, akan bekerja membantunya Khabarnya, kumpulan yang dikenali dengan nama 'gabungan badan-badan bukan kerajaan' mendapat kerjasama dengan satu yayasan, sudah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, memulakan kempen ke bahagian-bahagian, supaya Muhammad mendapat quota yang diperlukan. Tentunya, kumpulan ini mendapat restu dari 'orang-orang Abdullah' yang kurang senang hati dengan 'tingkah laku Muhyiddin Mohd Yassin' kebelakangan ini, termasuk mempersoalkan tempoh kempen yang panjang, akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti. Alasan mereka, Muhyiddin berkata demikian bagi 'menyekat' peluang Muhammad yang dilihat kerap 'turun padang' atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Bandar dan Ke...

LAPORAN BPR SATU ISU KANTOI UMNO - PERAKDAILY

Imej
October 18, 2008 · IPOH: Berita mengenai laporan BPR akan dibuat terhadap sahabat saya, setiausaha Politik MB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki saya ketahui kira-kira jam 5 petang, iaitu pada Rabu atau sehari sebelum laporan itu dibuat. Saya terdiam seketika bagaimana hendak saya pecahkan berita kurang enak itu pada Misbah sebentar lagi. Sebelum itu, Misbah baru dua minit turun dari mobil saya untuk ke pejabat semula kerana tertinggal dokumen perjalanan. Semasa itu juga saya menyiasat apakah bentuk laporan yang akan dibuat. Jelaslah bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman akan membuat laporan BPR di pejabat BPR berhubung dakwaan kononnya Misbah telah melakukan salah guna kuasa. Misbah muncul dan terus meminta saya ke medan Gopeng. Saya memandu selamba sambil dalam kepala bagaimana hendak saya pecahkan makluman ini kepada be...

ROBOH RUMAH,200 AHLI UMNO SERTAI PAS DI MASAI

Imej
Salman Hussin Sun Oct 19, 08 12:06:44 pm MYT JOHOR BAHRU, 19 Okt (Hrkh) -Tidak puashati dengan layanan dan sikap diskriminasi Umno yang berkuasa lebih 50 tahun, pagi tadi beratus ahli Umno telah istihar keluar daripada parti itu dan sertai PAS Kira-kira 200 daripada 500 ahli Umno termasuk lapan ahli jawatankuasa cawangan Umno Kampung Baru Plentong Tengah ,Masaitelah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PAS pagi tadi. Mantan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampung tersebut, Mohd Daud Mohd Isa telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu pertemuan yang diadakan di kampung tersebut pagi tadi. Tindakan tersebut tercetus, ekoran insiden perobohan rumah penduduk pada 16 Oktober lalu yang tidak mendapat simpati daripada Umno. Sementara itu, Ketua Cawangan Umno yang sama, Sahari Mohd Sham telah serah memorandum kepada Presiden PAS untuk membawa isu perobohan rumah tersebut ke parlimen. - mks._

"TOK GURU" BERJIWA RAKYAT - GUAN ENG

Imej
Khairul Azlam Mohamad Sat Oct 18, 08 6:43:54 am MYT MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab. Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab. "Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen. "Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya. "Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menter...

KENYATAAN KHAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE -215

Imej
Harakahdaily Fri Oct 17, 08 7:59:04 am MYT KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini semalam mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini. "Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Isl...

MISBAH NAFI SALAHGUNA KUASA

Imej
Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki 16HB OKT 2008 Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sebgaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat sini Sayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang. Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.Dukacita saya dapati YB begit...

LIMA PULUH RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN PERAK

Imej
October 15, 2008 · (Kelihatan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbangan wang tunai bagi pihak Menteri Besar kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, Grik) GRIK: Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa. Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai itu gagal menyelamatkan harta benda apabila arus sungai itu melimpah ruah dengan deras dan mendadak. Walaupun biasa dinaikki air, mereka berkata inilah banjir terburuk. Ustaz Misbah telah meluangkan waktu kira-kira sejam untuk bertemu dengan sebahagian pendudukan yang terlibat. Beliau ditemani Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Hampir RM10,000 disumbangkan kepada mangsa. Ustaz Misbah menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelia Dun Kenering Ustaz Sukri untuk diagihkan kepada mangsa. Semasa lawatan, kelihata...

PESTA BOLA MERDEKA , MALAYSIA DIDAKWA JEMPUT PASUKAN LEMAH SAHAJA ?

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Oct 16, 08 1:13:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) mendakwa Malaysia hanya menjemput pasukan-pasukan yang lemah sahaja bagi menyertai Pesta Bola Merdeka yang sedang berlangsung kin Dakwaan itu dibuat Mohd Firdaus ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi. "Kenapa Malaysia tidak menjemput pasukan seperru Singapura dan Thailand, adakah setakat nak menang," dakwanya semasa memanjangkang soalan yang asalnya diutarakan oleh Dato' Dr Mohd Shahrum Othman (BN Lipis). Beliau juga kecewa dengan prestasi pasukan bolesepak negara yang kini berada pada tahap yang kurang memuaskan, malah mengharapkan sesuatu tindakan dilakukan segera bagi mengembalikan kegemilangannya. Terdahulu Dr Mohd Shahrum bertanyakan kepada KBS, bagaimana untuk mengembalikan kecemerlangan sukan negara kebelakangan ini. Bagaimanapun Menteri Bel...

KRISI EKONOMI GLOBAL TANDA GAGAL SISTEM KAPITALIS

Imej
Irwan Muhammad Zain Thu Oct 16, 08 8:09:07 am MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis. "Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau. Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis. Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan. "Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembaya...

NAJIB AKAN ROMBAK "BESI BERKARAT" DALAM KABINET ABDULLAH

Safar Jumaat Wed | Oct 15, 08 | 4:21:38 pm MYT APA sebab Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli-Ahli MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno, dari Disember 2008 ke Mac 2009, tiada siapa yang tahu. Ketika banyak pihak yang mendakwa, ia suatu usaha untuk melewat-lewatkan tarikh pengunduran Abdullah, dari Disember ke Mac, ada juga yang membuat telahan, Abdullah tentunya mempunyai strategi sendiri yang sukar dibaca. Namun, apapun strategi yang Abdullah susun, semuanya sudah dilihat tidak menjadi. Ketika beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 2003, apa sahaja yang dipegangnya, 'menjadi emas' hinggakan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum 11, 21 Mac 2004 mengejutkan banyak pihak. Khabarnya yang paling terkejut dengan kemenangan besar itu ialah Dr Mahathir. Ketika itu, kejayaan Abdullah itu dianggap mampu memadamkan rekod kejayaan yang sudah dibuat oleh Dr Mah...

KERAJAAN PERAK MAHU KEM TAHANAN KAMUNTING DIPINDAH - MB PERAK

Wed | Oct 15, 08 | 12:25:59 pm MYT KETEREH, 15 Okt (Hrkh) - Kerajaan Perak sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kem Tahanan Kemunting dipindahkan ke negeri lain memandangkan pusat tahanan itu mendatangkan nostalgia negetif bagi rakyat Perak. Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah disebut kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu pertemuan selepas pilihan raya umum lalu. "Namun Perdana Menteri buat tidak endah. Kami tidak rela kem tahanan itu terus dibiarkan berada Perak kerana setiap tahun isteri tahanan menangis ketika datang menziarahi suami di kem tersebut. "Saya tidak sampai hati melihat kesedihan keluarga tahanan ISA dan lebih baik kem itu dipindahkan ke negeri lain termasuk Johor yang menjadi darul Umno. Johor sesuai menjadi muzium bagi ISA," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Ketereh di sini, malam tadi. Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua...

GERAKAN ISLAM TERGANGGU BILA AMILIN LONGGAR AKHLAK

Gerakan Islam terganggu bila amilin longgar akhlak Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir Wed | Oct 15, 08 | 9:58:44 am MYT Seorang aktivis atau amilin gerakan Islam bukan sekadar perlu memahami dan tunduk pada peraturan agama dalam memikul amanahnya malah ia perlu memperlengkapkan dirinya dan patuh pada disiplin dan adab dalam berjemaah. Masalah dalaman angkara amilin yang tidak lengkap atau longgar akhlak berjemaahnya akan mengakibatkan terganggunya perjalanan gerakan Islam tadi. Gerakan Islam ini bukan gerakan ikut-ikutan atau gerakan yang bertenggek pada populariti semasa atau pada mana-mana individu atau kumpulan. Ianya rentetatan dari gerakan suci lagi besar yang telah diasaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang berlandaskan wahyu (al Quran) dan bimbingannya, tidak berubah roh dan semangatnya samada dalam keadaan perjuangan itu ditimpa tekanan, serangan atau fitnah mahupun ketika ia merai...

BATU PAHAT "DIBELASAH" PAKATAN

Imej
Salmiyah Harun salmiyahharun@harakah.net.my Tue Oct 14, 08 6:30:48 pm MYT ParlimenKUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen (BN-Batu Pahat) Dr Puad Zarkashi 'dibelasah' dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dari beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat Beliau yang memulakan perbahasan bajet 2009 sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakhiri perbahasannya pagi tadi. Semalam (13 Okt) Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi peluang pertama untuk membahaskan bajet itu kemudian bersambung pada hari ini yang mengambil masa hampir satu jam. Sebaik diberi peluang berbahas, Puad yang memulakan mukadimah perbahasannya mempertikaikan cadangan Anwar yang mahu membentangkan semula bajet selepas penurunan harga minyak global. Puad turut mempertikaikan masa hampir enam jam yang diambil Anwar untuk membahaskan bajet tetapi tidak mempunyai 'point' untuk mengatasi masalah ekonomi negara. Ekoran itu, Saifuddin Nasution (KeADILan-Machang) yang bangkit mempe...

PAS PERSOAL PERKEMBANGAN PROJEK KORIDOR PANTAI TIMUR

Imej
Nyza Ayob Tue Oct 14, 08 1:46:31 pm MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata. Jelas Kamaruddin, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. "Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan 'supply base' di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan...

MUTU PENDIDIKAN MENJUNAM, TNC HANYA TAHU MENGAMPU PM

Imej
Intan Abdullah Tue | Oct 14, 08 | 7:42:54 am MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Mutu pendidikan negara menjunam teruk di mata dunia akibat pemerintah hanya mampu lantik Timbalan Naib Canselor yang hanya tahu mengampu Perdana Menteri dan pandai buat sajak sahaja. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional. "Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik," katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam. Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia. "Hal ini adalah tidak l...