Catatan

BUKAN SOAL MENANG LAGI, TAPI BERAPA MAJORITI YANG PAS AKAN DAPAT !!!

Sewaktu berada di Markaz Besar PAS di Air Kuning, saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang wartawan cina. Saya tanya bagaimana dia melihat suasana Politik di Bukit Gantang, sambil tersenyum dia menjawab ' kita sedang menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Malaysia' bukan menang yang di bicarakan tetapi berapa gol Brazil akan sumbat. Sebab itulah BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan PAS tidak menang besar di Bukit Gantang.

Nizar masuk bilik gerakan BN !!!!

Imej
CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini.

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" !!!! - Haron Din

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" Irwan Muhammad Zain Tue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYT KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut. "Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. "Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau. Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membukti...

Cakap apa sahaja isu !! - Asmuni

PAS abai larangan sebut Altantuya, raja Apr 1, 09 4:12pm Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama . "Kita boleh ...

UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris

Imej
UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 07:03:31 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " BUKIT GANTANG, 31 Mac - "Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan" kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz 'saya mohon derhaka' oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan. Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan. Seperti yang dijangkakan UMNO akan menggunakan isu derhaka bagi meraih simpati pengundi khususnya orang-orang melayu. Kain rentang tentang penderhaka juga dibawa oleh UMNO ketika pernamaan calon baru-baru ini. "Seolah-olah UMNO hendak mengajak rakyat supaya bersikap biadap dengan sultan kerana kerana tidak menggunakan bahasa lain daripada bahasa istana." kata Ustaz Idris ketika dihubungi oleh petugas te@m IT pagi tadi. Ustaz Idris memper...

Turun Padang !!! Mesra Rakyat !!! Ayuhh !!!

Imej
Calon PAS Mesra Rakyat Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:21:56 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato' Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat. Calon PAS itu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan. Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi. Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi, berkata dalam sidang media hari ini bahawa beliau merasai sokongan yang diberikan oleh semua p...

Tak adil ! Tak adil !! sungguh tak adil..!!!!

KETIDAK ADILAN SPR MULAI KETARA DI BK. GANTANG -Misbah Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain. Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka.Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bilik Gerakan PAS Trong. Sebelum itu, berlangsung satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri. Dalam masa yang sama, di Dewan Orang Ramai Trong yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS Trong juga sedang berlangsung kempen BN.Saya diberitahu oleh petugas-petugas PAS di situ, SPR yang kebetulan memantau ceram...

Slogan menarik di Bukit Gantang !!!!

Imej

Isu Nizar jadi Imam !!!!

Imej
TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun. Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping. Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini. Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuas...

EZAM kembali "MENGAUM" ...........depan 112 orang !!!!!

Imej
Taiping, 30.03.09 Ezam Mohd Nor bekas Ketua Pemuda Keadilan ,Hamizon Kamaruddin, bekas s/u Pemuda Keadilan ,Lokman Adam bekas Exco Pemuda Keadilan ,Datuk Rosli Husin, ADUN Trong semalam berceramah di Kampung Pak Darus, Taman Kaya. Mereka mempersoalkan pelbagai kelemahan dan kebimbangan mereka pada Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Darihal DSAI/PKR yang dikatakan menyokong Sisters in Islam sehinggakan melibatkan spekulator kewangan tersohor iaitu George Soros. Murshidul Am PAS juga dipersoalkan dalam kes Elizabeth Wong, yang mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Wong kerana privasi gambar separuh bogel. Mereka berempat menggunakan lori sebagai pantas menyelar Pakatan Rakyat yang cuba menjual Melayu demi kepentingan kaum lain. Ezam dengan lantang menyatakan bahawa reformasi hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memegang kuasa dan pihak kerajaan sekarang yang mentadbir lebih mampu menjadikan Malaysia lebih baik, daripada pih...

Pelik tapi Benar !!! Nizar ada dimana-mana di Bukit Gantang !!!

Imej
Calon PAS (Pakatan Rakyat) dilihat berada di mana-mana sahaja sekitar Bukit Gantang.Ianya pelik tapi benar. Sebenarnya ini kerana begitu ramai penyokong PAS/Pakatan Rakyat tanpa segan silu memakai topeng yang berwajah kan calon Parlimen Bukit Gantang untuk pilihanraya kecil ini. Samada lelaki, perempuan malah kanak-kanak dilihat memakai topeng tersebut sambil.Ianya dikatakan diedarkan secara percuma oleh AMK dan Unit Amal Pas ketika PRK Bukit Gantang ini. Namun, tidak kelihatan pula topeng berwajahkan calon UMNO/BN iaitu Ismail Sapian, apatah lagi calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan Calon PRK P.059, Persis Himpunan Bersih !!!!!

Imej
Jumlah yang sama sewaktu himpunan Bersih!! Syabas sokongan dan doa anda akan mengundang kemenangan BESAR !!

Lambang calon yang ingin anda lihat di Bukit Selembau !!!

Imej
Lambang Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Warna warni Penamaan Calon P.059 !!!!

Imej

TERKINI !!! Sidang media Pengarah Pilihanraya Jam 3.00 petang - cina islam

Imej
Saya bersyukur kepada Allah sebab proses penamaan calon berjalan lancar walaupun terdapat bantahan dari BN tetapi tidak kuat, Demikain antar kenyataan media Pengarah PRK PAS Bukit Gantang, Hj. asmuni Awi dalam sidang akhbar sebentar tadi di markaz Operasi Induk Ayer Kuning. Beliau berkata jumlah yang hadir begitu besar dari seluruh tanah air dan ini satu gelombang baru sikap rakyat. Melihat kepada gelombang ini saya melihat akan berlaku juga di tempat lain bila didakan pilihanraya umum atau kecil, katanya. "Kita mahu meninggalkan politik lama UMNO yang memainkan isu perkauman memecah belahkan rakyat. Isu yang kita bawa ialah perpaduan dan demokrasi tanpa melihat apa bangsanya, kalau kita berjaya diterjemahkan dalam PRK ini ia akan menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh semua bangsa." Kata Asmuni. Beliau menegaskan prinsip berteraskan kepada kebenaran dan demokrasi dengan pemimpin yang berakhlak dan amanah telah diperlihatkan dalam PR yang lalu. "Saya menyeru kepa...

PERUBAHAN UMNO ' TIADA KESAN'DI BUKIT GANTANG

Ali Bukhari Amir | Mar 29, 09 2:17pm Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalan barunya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw - semalam hanya meredakan pergolakan dalam parti itu. Dr Ahmad Nidzamuddin, yang turut memantau di kawasan parlimen tersebut hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka terhadap kerajaan. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu "tidak akan memberikan kesan segera" kepada pengundi Melayu di kerusi parlimen tersebut. Pilihanray...

Bagaimana nak Ke Pusat Penamaan Calon esok !!!

Imej
Semua jalan masuk ke bandar Taiping sekarang 1.00 tgh hari ini sedang dikawal polis sama ada menunggu kedatangan orang baru lepas bersidang atau lain nya tidak dapat dipastikan..Helikopter PDRM sedang berlegar diudara memantau situasi. Mungkin juga memantau penyokong parti yang mula bergerak masuk sekarang.. Kepada yang datang dari utara..keluar ikut Tol Kamunting terus ke Penjara Taiping..JANGAN belok kanan kerana ada roadblock..belok kiri dan parking dekat Sek. Men. Cina atau Sek. Ren. King Edward atau parking diluar Kolej Telekom..dari sana jalan kaki ke Pejabat Daerah Taiping lebih kurang satu km... Kalau dari Selatan keluar Tol Changkat Jering terus ikut Jalan Air Kuning (depan Markaz PAS Negeri) terus ke Pokok Assam dan masuk ke Lake Garden..parking lah disana dengan sedikit bayaran..datang sekarang dan tidor lah dalam kereta di Lake Garden Taiping... Helikopter PDRM masih memantau sekarang...AWAS.........

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P. 059 Bukit Gantang

Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:38:43 MYT oleh TokPenghulu Oleh izali "Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 20091. Pendahuluan 1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak. 1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu...

90% sokong syor PAC bekukan Gaji MB dan Exco BN Perak

Imej
S ebanyak 90% dari responden Edisi 7 malam ini menyokong syor Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama. "Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu. Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut a...