Catatan

Segalanya dua di Perak 1 halal dan 1 haram - Sivakumar

Lanjusoh Rizal Tahir Sun May 17, 09 5:17:06 pm MYT KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker. Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun). Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal. Speaker Dun Perak, V Sivakumar berkata, semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang. "Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Adun Barisan Nasional melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging. "Apa yang lebih menggelirukan lagi apabila setiausaha kerajaan negeri pula cuba bertindak bagi pihak speaker dengan melarang media yang tidak pro Umno membuat liputan pada persidangan Dun 7 Mei lalu. "Sedangkan kuasa bagi menentukan seseorang boleh atau tidak masuk dewan negeri adalah di bawah bidang kuasa Spe...

BERSEDIA UNTUK KE PERAK !!!!

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia Hashim Abdullah Sun May 17, 09 8:30:41 am MYT TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini. Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. "Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak. "Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta ...

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS !!!

Harakahdaily Sat May 16, 09 12:33:25 pm MYT KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang. PENGERUSI TETAP 1. Abu Kassim Abdullah 2. Hussain Ismail TIMBALAN PENGERUSI TETAP 1. Hussain Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir Masduki 4. Nasuruddin Daud 5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid 6. Wan Abdul Rahim Abdullah PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang TIMBALAN PRESIDEN 1. Azizan Abdul Razak 2. Haron Din 3. Husam Musa 4. Mohamad Sabu 5. Nasharuddin Mat Isa NAIB PRESIDEN 1. Ahmad Awang 2. Azizan Abd Razak 3. Mohamad Sabu 4. Harun Taib 5. Hassan Mohd Ali 6. Husam Musa 7. Idris Ahmad 8. Kamaruddin Jaffar 9. Mahfuz Omar 10. Mohd Amar Abdullah 11. Mujahid Yusuf Rawa 12. Nasharuddin Mat Isa 13. Nizar Jamaluddin 14. Salahuddin Ayob 15. Taib Azamuddin Md Taib 16. Tuan Ibrahim Tuan Man AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Aziz Yaakob 2. Abdul Ghani Abdul Rahman 3. Abdul Ghani Shamsuddin 4. Abdul Halim Abdul Rahman 5. Abdul Wahab Ismail 6....

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding !!!!!

Pemilihan PAS, Tidak Ada Pertandingan Presiden Bila Tuan Guru Hj.Hadi Awang Menang Tanpa Bertanding Bagi Mengekalkan Jawatan Itu KUALA LUMPUR [5.00 pm] - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS. Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu. Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan. Satu lagi kawasan iaitu Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penya...

MAHKAMAH PINDA TARIKH !!!!!

MENGAPA MAHKAMAH PINDA TARIKH ? Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa den...

Sidang 7 Mei tidak sah !!!! - Prof Aziz Bari

Prof Aziz Bahri, Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara. Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti. Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman. Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN ...

Sivakumar bertindak !!

Sivakumar failkan saman terhadap Ganesan IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap Speaker R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak minggu lalu.Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini. Posted by pemudabesut at 2

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PERAK !!!

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK. DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisi Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat. DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam...

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei!!!

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei Harakahdaily Wed May 13, 09 9:47:27 pm MYT KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali membenarkan Dato' Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata...

Kita terlepas pandang kes ini !!!! - dari Blog YDP ABIM Perak

Merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan Abdullah atau Pathmanathan a/l Krishnan dan Indira Ghandi dalam isu penjagaan tiga orang anak mereka yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa bersamaan 5hb Mei 2009, Penulis ingin memberi beberapa pandangan yang mungkin mampu membawa pulangan yang lumayan kepada Islam itu sendiri. Secara peribadi, apabila penulis yang hadir melihat suasana dan berbual dengan barisan peguam muda yang mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) banyak sekali yang masyarakat Islam perlu tahu realiti yang sebenarnya. Sebenarnya, alangkah hebatnya sokongan padu yang diterima oleh Indira Ghandi daripada keluarga, sahabat handai yang berlainan bangsa termasuk dua orang tokoh politik Democratic Action Party (DAP) iaitu Yang Berhormat Kulasegaran dan Sivanesan yang begitu komited dari awal pagi sehingga petang berada bersama-sama mengikuti perjalanan kes. Dalam hal ini semua pihak menyokong keputusan yang menetapkan anak-anak kekal menganut agama a...

Pelik tapi itulah yang berlaku di Malaysia !!!!

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka. Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak. "Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini. Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Penger...

Kalau nak bubar Dun Perak memang boleh Bubar !!!!

Mahkamah tidak boleh sekat pembubaran Dun Perak sekalipun sudah difailkan ke Mahkamah Rayuan DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya."Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya. Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah."Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari l...

MB HARAM BERJAYA TANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH !!!

MB Haram berjaya tangguh keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas. Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya. Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar. Hakim Ma...

TERKINI !!!

Mahkamah Rayuan benarkan Permohonan Zambry untuk tangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang di istihar Dato Sri Nizar sebagai MB - HRH

Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan di failkan

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini. Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan. Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah. Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi. Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Ganesan nafi ada keluar kenyataan !!

12 Mei 2009 Sidang khas DUN untuk singkir Nizar tidak benar. IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak sah pelantikannya , R Ganesan, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan terserah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tindakan bersesuaian dan relevan. Ganesan menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah laman web berita bahawa BN sedang memikirkan bagaimana mahu mengadakan secara sah Sidang DUN tergempar untuk menyingkirkan Mohammad Nizar menerusi undi tidak percaya."Saya hanya komen kami menghormati keputusan mahkamah dan terserah kepada kepimpinan BN untuk melakukan tindakan yang relevan dan sewajarnya. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:33 PM

ADUAN SALAHLAKU SUK PERAK KEPADA KSN - JAMAIY

Harakahdaily Tue May 12, 09 10:03:32 am MYT SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia. Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan. Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri. Tan Sri timbang-timbangkan aduan-aduan berikut demi memulihkan kembali semangat kerja berpasukan anaknanak buah Tan Sri di Perak. Semua aduan-aduan ini adalah dari sumber-sumber Pegawai Kerajaan sendiri. i) Di awal-awal pemerintahan Pakatan Rakyat beliau dilaporkan memberitahu secara tertutup kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Kanan supaya hanya memberikan kerjasama ...

KULI sokong DUN Perak di bubar

Imej
May 12, 09 9:28am Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut."Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya. Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan. Beliau juga telah mencadangkan pilihanra...

Nizar ucap syukur !!!

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membentera...

Kalau Zambry tidak keluar Pejabat MB esok ..camna ??

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut. Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil. Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala. Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau kita saya pun tak pasti.