Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

ANWAR BONGKAR KECURIGAAN-KECURIGAAN SERIUS

Imej
dipetik dari http://kerajaanrakyat.com/?p=1794 BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri. Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini. Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan. Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaa...

KONFRONTASI AMERIKA & IRAN , DIMANA KESUDAHANNYA

Imej
written by Mohd Azmir Hj. Maideen Jika kita meninjau akhbar-akhbar mengenai isu Timur Tengah, mahupun di peringkat global. Kita akan dapati terlalu banyak keadaan dibesar-besarkan oleh media tentang isu 2 buah negara gergasi, Amerika dan Iran. Amerika ingin menyerang Iran disebabkan projek nuklear yang cuba dibangunkan oleh negara pimpinan Presiden popular Iran, Mahmud Ahmadi Nejd. Kerana khabar angin mengenai projek nuklear Iran begitu meluas, maka Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerap didesak oleh Amerika untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Amerika berkali-kali menyifatkan pembangunan nuklear oleh negara Iran itu sebagai haram, ironisnya Israel yang juga memiliki sistem pengkayaan nuklear tidak pula dicop haram oleh Amerika. Jika tindakan Amerika itu ibarat kerajaan yang berkuasa, Iran pula merupakan ketua pembangkang paling lantang di dunia. Maka, banyaklah persoalan-persoalan timbul berasaskan kesungguhan Bush untuk menyerang ne...
Sikap Negatif Ibu Bapa Cemarkan Sekolah Agama Dilulus terbit pada Thursday, October 30 @ 22:30:00 MYT oleh TokBatin Oleh alexanderwathern "Dari luar, sekolah-sekolah agama nampak tenang dan suci. Memang sebegitulah sepatutnya kawasan dan para penghuni kawasan yang menjadikan agama Islam sebagai terasnya. Namun tidak semuanya seperti yang kita sangka ataupun yang kita harapkan.Sesekali terdengar suara-suara mengatakan para pelajar sekolah-sekolah beraliran agama kurang maju dari segi akademik. Kata-kata ini kadang-kala memang ada kebenarannya. Sebenarnya ada banyak faktor yang mewujudkan tanggapan sebegitu. Salah satu daripadanya yang cuba kita bangkitkan di sini adalah sikap ibu bapa. Allah SWT dengan kebijaksanaanNya menjadikan manusia berbeza-beza. Ada yang cepat menangkap pelajaran dan ada yang lemah. Ada yang jiwanya cenderung untk taat dan ada pula yang cenderung untuk engkar. Anak-anak tidak terlepas daripada hal ini.Kita berasa hairan memikirkan sekap sesetengah ibu bapa. ...

PESURUHJAYA TINGGI INDIA KUNJUNGI MB PERAK

Imej
Johari Jaafar Thu Oct 30, 08 11:55:06 am MYT IPOH, 30 Okt (Hrkh) - Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok Kanta telah melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Pejabat Menteri Besar Perak kelmarin. Dalam pertemuan itu, Menteri Besar Perak dan Pesuruhjaya Tinggi India telah bertukar-tukar pendapat dan berbincang mengenai kemungkinan meningkatkan hubungan dagangan dua hala antara India dan Perak, terutama dalam bidang pendidikan dan industri berteknologi tinggi. Pertemuan lebih sejam itu turut dihadiri Exco Kanan, Dato' Ngeh Khoo Ham. - mns

KAMI KE PAKISTAN TIDAK GUNA DUIT KERAJAAN ATAU PARTI - MISBAH

Imej
Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan ter...

JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT NEGERI PERAK

Imej
IPOH, 20 OKTOBER – Sempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan Negeri Perak telah mengatur pelbagai program bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut di seluruh Negeri Perak. Antara acara kemuncaknya, kerajaan negeri telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Mengiringi keberangkatan baginda berdua ialah DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Menteri Besar Perak serta barisan pimpinan negeri turut hadir meraikan tetamu di majlis itu. Walaupun majlis diadakan dalam keadaan hujan lebat, ianya tidak menghalang hampir 5000 orang daripada berbilang kaum untuk menghadiri majlis tersebu

TUNAIKAN IBADAH HAJI DENGAN PENUH TAQWA - MB PERAK

Imej
IPOH, 18 OKTOBER – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan kepada bakal-bakal haji untuk mengerjakan ibadah haji dengan penuh ketaqwaan dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan haji yang mabrur. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2008. Di samping itu juga, beliau sempat menasihatkan bakal-bakal haji untuk menjaga kesihatan diri sepanjang musim haji. Kursus Perdana Haji yang diadakan selama dua hari di Masjid Sultan Azlan Shah adalah merupakan siri terakhir kepada bakal-bakal haji yang telah pun mengikuti tujuh belas belas siri kursus haji sebelum ini. Seramai 2893 orang bakal haji daripada Negeri Perak akan ke Tanah Suci Makkah mulai 31 Oktober ini secara berperingkat demi menyahut panggilan Ilahi bagi menyempurnakan Rukun Islam yang kelima.

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

HUKUM MENYAMBUT DEPAVALI Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini. Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut. Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya: Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta...

MB PERAK DALAM MUKTAMAR & IJTIMA' JAMIAT ISLAMI DI LAHORE PAKISTAN

Imej
Muktamar Jamiat Islami yang sedang berlangsung mulai 24 - 27hb. November ini di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.Antara tetamu istimewa yang memenuhi undanagan ke muktamar tersebut ialah Dato' Presiden PAS Pusat. Tn Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar ,Setpol kepada MB Perak, Misbahul Munir turut mengiringi MB, dan juga Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak.MB Perak selain Dato' Presiden diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat islami dari seluruh Pakistan.Dalam kesempatan berada di bumi Pakistan, MB Perak dan Dato' Presiden serta rombongan dari Malaysia diraikan oleh Dato' Bandar Lahore, juga dijadualkan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan terkenal ddi Pakistan.

KEADAAN LAPAR RASULULLAH SAW

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad Saw hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya! Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah Saw seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya. Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah Saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah Saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai A...

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni” Protokol Pertama Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pand...

HAJI DAN JIHAD

Imej
Ganjaran bersembahyang di Masjidil Haram adalah 100.000 kali ganda bersembahyang di masjid-masjid biasa. Menyedari kedudukan tersebut setiap muslim memiliki keinginan untuk berangkat, berangkat dan berangkat memenuhi panggilan Allah, pergi ke tanah suci Makkah - Madinah (haramain). Keberangkatan mereka ziarah ke tanah suci dengan niat yang 'lurus' setara dengan jihad fi sabilillah. Bahkan pahala haji yang mabrur tiada yang lain kecuali surga-Nya. Subhanallah. Ziarah ke tanah suci dengan niat mengunjungi kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. sungguhlah perjalanan mulia. Apalagi iringi dengan pemahaman mengambil semua hikmah dari semua persitiwa yang dialami nabi dalam menemukan Islam. Lebih tepatnya dipertemukan oleh Allah dengan Islam. Disinilah, kedua kota suci menjadi titik sentral dalam proses kelahiran Islam. Kerana sungguh, setiap manusia muslim sudah dibekali oleh Allah dengan kemampuan mamaksimakan kemampuan berfikir yang lebih dibanding mahluk Allah yang lain. Rasulullah sa...

SAYA AKAN SAMAN MALU ZAINOL - MISBAH

Imej
October 24, 2008 · IPOH: Ustaz Misbahul Munir telah mengarahkan panel peguam untuk membuat perincian daripada segi undang-undang untuk menyaman malu Ketua Pemuda Umno Negeri ekoran tuduhan kononnya berlaku salahguna kuasa. Setiausaha Politik MB Perak itu berkata, tuduhan liar itu tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia bukan sahaja menjejaskan kredibilti dan kewibawaan diri saya, tetapi berniat jahat untuk menjejaskan maruah saya dan keluarga saya. Misbahul berkata demikian selepas dua pegawai BPR berkunjung ke pejabat beliau pada Rabu, 22 Okt. Kehadiran mereka ekoran laporan oleh Zainol Padzi kononnya Misbahul telah menyalah gunakan kuasa dengan “mengarahkan” Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus. Wal hal Misbahul tidak mengarahpun, tetapi sekadar memohon. END/PKR

ROMBAKAN KABINET - MUHYIDDIN BAKAL TERIMA BALASAN ABDULLAH - harakahdaily

Rombakan Kabinet - Muhyiddin bakal terima balasan Abdullah Safar Jumaat Fri Oct 24, 08 2:41:36 pm MYT KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal. Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini. Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno. Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya it...

MELAMIN MASUK BADAN KITA SUDAH LAMA?

Imej
Apakah itu melamin? “Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik,” kata Pegawai Farmasi Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Sazaroni Md. Rashid ketika dihubungi Kosmo!. Dalam industri penyediaan polimer untuk mengeluarkan pelbagai rangkaian produk seperti fabrik, gam, barangan peralatan rumah dan perencat api misalnya, melamin digunakan secara meluas. Ia juga merupakan sejenis bahan kimia yang berupaya meningkatkan jumlah penghasilan produk. SELAIN biskut, moja dan baju, melamin juga ditemui dalam produk haiwan ternakan. Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna. “Pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein. Cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu,” katanya. Hakikatnya, selama ini pun kita hidup dan bekerja da...

TELUK INTAN DILANDA BANJIR

Johari Jaafar Thu Oct 23, 08 11:48:15 am MYT TELUK INTAN, 23 Okt (Hrkh) - Hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa buah kampung di Teluk Intan telah dilanda banjir. Antara kawasan yang teruk dilanda ialah kawasan di sekitar Jalan Changkat Jong, melibatkan Batu 7 sehingga Batu 9 Jalan Changkat Jong. Sekumpulan sukarelawan dari kalangan Pemuda PAS Teluk Intan semalam telah mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong. Ia turut disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan. Pada hari tersebut, penduduk di kawasan Batu 7, Batu 7 1/2, Batu 7 3/4, Batu 8 dan Batu 9 Changkat Jong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Menurut Ketua Kampung Changkat Jong, Salleh Ibrahim, sehingga hari ini seramai 121 orang mangsa banjir telah dipindahkan. Ia meliputi sebanyak 30 keluarga. Usaha menyelamat dengan bantuan pasukan keselamatan masih lagi berjalan sehingga malam ini. Menurut beliau lagi, buat masa ini, tiga buah bilik da...

RAIS JADI ANAK YATIM BILA UMNO 'MATI' AKIBAT POLITIK WANG

Imej
Safar Jumaat Thu Oct 23, 08 1:34:52 pm MYT Calon Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Rais Yatim kelihatan antara calon yang paling gelisah, selepas dua calon lain, Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Seri Shahidan Kassim mengumumkan penarikan diri mereka, kerana 'kurang sambutan' dari bahagian-bahagian, setelah masuk minggu ketiga, persidangan bermula Berbeza dengan Annuar dan Shahidan, Rais kelihatan tidak dapat mengawal perasaannya, kerana setiap kali dia menyatakan hasratnya mahu bertanding, tiada sorak-sorai dari bahagian-bahagian Umno, sedangkan calon-calon yang lebih muda, begitu 'gagah berlari' meninggalkannya yang sudah semakin berusia. Kemarahan Rais itu diluahkan sekali dengan dakwaan mengatakan ada segelintir pihak meminta 'habuan' sebagai balasan untuk mencalonkannya bagi jawatan Naib Presiden Umno. Harap-harapnya, selepas Rais yang pernah mendapat pelbagai gelaran dari media massa, sebagai 'pakar Perlembagaan dan pakar undang-undang' turut m...

MAHATHIR , NAJIB MENCIPTA MASALAH DALAM UMNO

Imej
Safar Jumaat Wed Oct 22, 08 2:31:52 pm MYT KETIKA kebimbangan mendatangi Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan mengatakan ada orang Umno cuba menyekat kemaraan Najib Tun Razak untuk jadi PM (lihat Harakah Bil 1383 20-23 Oktober 2008), tidak ramai yang ingat, dialah orangnya yang 'menyebabkan Najib sampai hari ini masih belum menjamah kerusi Perdana Menteri. Disebabkan Dr Mahathir berkeyakinan penuh, orang-orang Melayu (dalam Umno) mudah lupa, maka, ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sepatutnya, orang-orang yang menyokong Najiblah sepatutnya mengatakan, "Dr Mahathirlah orangnya yang menyebabkan Najib tidak jadi PM." Apa tidaknya, ketika Najib tidak pernah tewas dalam semua pertandingan Umno, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1993, akibat serangan 'team wawasan' yang diketuai Anwar Ibrahim, - apabila berlaku kekosongan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ekoran pemecatan Anwar, Dr Mahathir melantik Abd...