Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

Lebih baik la berhenti merokok !!!

Imej
Tidak ada ulama yang mengatakan menghisap rokok itu wajib atau sunat. Mereka berpendapat sama ada makruh atau haram atau harus. Ini bergantung kepada kefahaman ulama tentang rokok pada masa dahulu, ketika tanaman tembakau mula diperkenalkan. Adapun pada hari ini, apabila para doktor sepakat mengatakan rokok membawa bahaya kepada tubuh badan penghisapnya apalagi penagihnya, atau lebih teruk kepada mereka yang ada dalam majlis perokok, seperti anak dan isteri atau kawan-kawan yang tidak merokok, apatah lagi ibu mengandung yang mendapat kesan kepada bayi yang ada dalam kandungan daripada asap rokok bapanya, maka sukar mengatakan rokok itu hukumnya makruh. Apalagi untuk mengatakan hukum ”harus”. Ramai ulama pada hari ini lebih cenderung mengatakan ia menjadi haram. Ada mereka yang menolak hukum haram merokok dengan mengatakan tidak ada nas yang terang atau dalil daripada al-Qur`an mahu pun al-Sunnah yang mengharamkan rokok. Justeru itu ada guru agama atau imam masjid yang tanpa segan silu...

Nizar Bakal TPM Malaysia ??

Imej
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Nizar Bakal TPM Malaysia? Kemelut politik di Perak yang bermula awal Februari lepas bukanlah suatu musibah terburuk (أسوأ مصيبة) dalam politik PAS dan PR. Tentu ada hikmahnya serta banyak pula pengajaran yang boleh disenaraikan.Sikap serta pendirian DS Ir. Mohammad Nizar amat disenangi oleh para penyokong PR dan sungguh ditakuti oleh pendokong tegar BN, terutama UMNO. Itu, menunjukkan kepemimpinan Nizar yang hebat. Nizar memang pemimpin dan beliau memang hebat. Kepemimpinan dan kehebatan beliau sebelum ini tidak begitu terserlah kerana keadaan tidak mengizinkan. Nah, kemelut politik yang menimpa Perak ini ialah keadaan dan keizinan untuk penyerlahan Nizar. Pada muktamar PAS akan datang Nizar lebih menyerlah. Dalam PRU13 pula beliau lebih-lebih menyerlah. Setelah memenangi PRU tersebut Nizar bukan pemimpin PAS sahaja, malah pemimpin PR. Bukan di peringkat negeri sahaja, malah di peringkat pusat. Bukan AP biasa, malah sekurang-kurangnya menteri. Jika DSAI...

SIASAH SYAR'IYYAH DAN PERLAKSANAANNYA PADA MASA KINI

Siasah syar'iyyah dan perlaksanaannya pada masa kini Oleh Dr Abdul Aziz Hanafi Siasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya. Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w.Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya. Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan...

Akhil..Akhill !!

Imej
Akhil Hayy : Antara ujian dan nafsu Posted on Wednesday, May 27 @ 16:27:51 PDT by TokPenghulu Oleh: haris " Saya tak pernah mencoret berkaitan cerita selebriti, artis serta orang glamour tetapi kali ini rasa terpanggil untuk melontar pandangan berkaitan kisah yang berlaku kepada Ustaz Akhil Hayy.Jika dulu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy. Melalui ceramahnya saya dapat rasakan beliau telah dapat membawa diri saya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam. Dalam ceramahnya yang diselitkan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar, betapa gah nama Ustaz Akhil Hayy pada masa itu. Tetapi kini setelah tidak lagi lagi aktif berceramah sedemikan dan disunting oleh pihak Astro bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz Akhil Hayy. Status artis yang dipegang telah membawanya kepada cerita-cerita yang tidak elok didengar untuk...

Bubar DUN Perak kalau anak jantan - Nizar cabar Zambry !!!

Bubar DUN Perak Kalau Anak Jantan, Nizar Cabar Zambry Posted on Wednesday, May 27 @ 18:00:00 PDT by TokPenghulu Oleh ZulMamak Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan. Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat. Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau. Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis...

TAHALLUF AS SIASI !

Menguasai Isu Dasar Dalam Pilihanraya Memahami Hukum Tahalluf As Siasi Mukaddimah Selari dengan senario perkembangan politik yang menyelubungi PAS serta kecenderungan ke arah persefahaman dengan parti-parti alternatif lain seumpama PKN, DAP dan PRM yang mengarah ke arah pengekploitan isu oleh parti-parti yang memerintah terutamanya UMNO, maka dirasakan perlu bahawa diutarakan kepada setiap unit Penerangan dan Penyelidikan UPU seluruh Kawasan Selayang akan keperluan memahami agenda ini. Antara agenda psikologi dan saraf yang bakal diutarakan oleh BN ialah:- 1. Persoalan kafir mengkafir 2. Kepimpinan Negara Oleh Bukan Islam 3. Mengundi Bukan Islam 4. Berkerjasama Dengan Bukan Islam Semua isu ini banyak berkaitan dengan persoalah tahalluf yang diutarakan oleh PAS dan melihat kepada perkembangan terkini, sekalipun PAS berada di peringkat offensif (menyerang) namun PAS masih perlu ada strategi yang mantap untuk meng...

Alhamdulillah semua telah di bebaskan !!!

Nizar Zambry : Semua Tahanan Telah Dibebaskan - Greenboc Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh sebentar tadi. Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh. Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan pua...

Terkini !! MB buat lawatan ke sekolah di Kg Tawas, Ipoh

MB Nizar bersama rombongan sempat membuat lawatan ke Sekolah kanak-kanak "terencat akal" (down sindrom) di Kg tawas sebaik sahaja memfailkan saman di Mahkamah Tinggi sebentar tadi. Mengikut sumber MB telah menyampaikan sumbangan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Di Wisma DAP - Polis masih berkawal dan belum lagi bersurai.

TERKINI !! MB Nizar failkan saman di mahkamah sebentar tadi

Mengikut sumber dari Ipoh..MB Nizar dan rombongan telah selesai memfailkan saman kepada Zambry di Mahkamah Tinggi sebentar tadi atas tindakan kerajaan Pimpinan Zamry memecat ketua kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat

TERKINI !!! SIVA JUGA TELAH DI TAHAN

Sebentar tadi Siva dan pengawal pribadi juga ditahan Adun lain yang di tahan ialah ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang, ADUN Menglembu,YB Lim Phek Her, ADUN Jalon, YB.Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji, YB.Thomas SU dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chang MIng dan sekurang-kurangnya 3 orang awam lain baru sahaja ditangkap polis sebentar tadi.

TERKINI !! dari Wisma DAP

Imej
Dato Ngeh sedang berucap " kesal dengan Malaysia semacam Negara Polis DS.Nizar berucap merasmikan Program Puasa dan Mogok Lapar Dr.Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng juga berucap dengan merasa kesal atas slogan Malaysia Boleh, dalam keadaan kita tidak boleh melakukan sesuatu termasuk Mogok Lapar" Sementara diluar Wisma kereta Polis bersusun dan sebahagian anggota Polis menawan khemah yang pasang petugas Sekarang ini sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar yang diadakan di dalam Wisma DAP dengan dipengerusikan oleh ADUN Canning, YB Wong Kar Woh. Majlis dimulai oleh taklimat ringkas Pengerusi yang mengesahkan 5 orang ditangkap pagi tadi, sebuah belon besar untuk pelancaran turut dirampas oleh polis.

Banyak lagi ranjau di depan Zambry..!!!

Masih banyak Ranjau Dihadapan Zambry Posted on Saturday, May 23 @ 00:18:34 PDT by TokPenghulu Oleh: SunanHayat "Walaupun Zambry baru shj memenangi kesnya di Mahkamah Rayuan, tetapi ia tidak dianggap sebagai "panadol" yang boleh menghilangkan migrin bagi memerintah Perak dengan tenang dan selesa..Maruah bukanlah sesuatu yang penting bagi seseorang UMNO/BN, kerana dunia politik mereka sememangnya berlumpur dengan segala jenis kehinaan.. Jangan pula hairan melihat ramai manusia di"silapmata"kan dengan melihat kehinaan itu sebagai sesuatu yang amat menarik., kerana 1500 tahun dahulu Nabi pernah berpesan bahawa ALLAH melihat dunia seperti bangkai., tetapi bangkai itulah yg dihurungi manusia berhati lalat, hering, dan buaya.. Dihadapan Zambry masih ada lagi Mahkamah Persekutuan yang akan terus menyegarkan memori melayu yang mudah lupa.. Semakin lama kes ini berlarutan, maka semakin peritlah UMNO/BN mendepani PRU-13.. Dihadapan Zambry juga bercerakah duri dan kaca y...

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Ustaz Zainudin Hashim Fri May 22, 09 11:26:08 am MYT Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya. Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat. Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini. Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga ke...

5 strategi kemenangan !!!

Oleh Ustaz Nasrudin TantawiTimbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt . Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang – kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita . 1. Taqwa. [ taat ] Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha : ( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa k...

PAS tetap laksanakan ' Kepimpinan Ulama"

Ditulis oleh Harakahdaily Saturday, 16 May 2009 KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS. Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh. Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor. Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya. ...

Dakwah Non Muslim !

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI 1.0 Pengenalan Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita. 2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddu...

Matinya Demokrasi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 24, 09 7:58:47 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan. Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini. "Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya. Meskipun begitu Mohamad Sabu m...

UMNO Usahlah degil pertahan kubu rapuh di Perak !!!

Muhammad Yusri Amin Thu May 21, 09 5:16:43 pm MYT KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) - Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) belum selamat dengan bilangan Adun yang ada sekarang. Ini kerana BN dan Pakatan Rakyat masing-masing ada 28 kerusi. Dan tiga kerusi lagi mewakili Bebas, selepas keluar daripada Pakatan. Oleh itu banyak pihak tampil mendesak supaya Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan. Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, pandangan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah amat jelas mengenai krisis di Perak. Katanya, jalan penyelesaian paling sesuai dilakukan ialah membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat diberi semula mandat bagi menentukan kerajaan yang lebih stabil. Ditanya kemungkinan wujud kerajaan perpaduan di Perak beliau yang juga anggota Dewan Negara beliau berkata,...