SPRM DAN SPR ' CAWANGAN PARTI KOMPONEN BN PALING AKTIF - Ref malaysiakini

Di dalam BN ada 2 'parti' komponen yang sangat aktif menjalankan kerja masing-masing untuk menghancurkan Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya mempunyai dana dan duit yang cukup banyak bagi mengganyang Pakatan Rakyat (PR).
Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) kerjanya menyiasat dan mendakwa mana-mana pemimpin PR yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah. SPRM bertindak sepantas kilat jika ada laporan dan aduan rasuah terhadap pemimpin PR. Namun ber'gudang-gudang' aduan yang dibuat kepada pemimpin BN dipandang sepi. Bayangkan berapa banyak aduan dibuat terhadap Khir Toyo, Najib dan lain-lain namun semuanya tidak diketahui status aduan tersebut.
Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bertanggungjawab menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) jika mana-mana Speaker mengisytiharkan DUN masing-masing kosong. Namun SPR terbukti berpihak apabila menolak notis kekosongan 3 kerusi DUN di Perak atas alasan surat perletakan jawatan ADUN terbabit meragukan. Bila pula SPR berfungsi untuk mengkaji dan menilai kesahihah surat perletakan jawatan ADUN.??
Begitu juga dengan isu daftar pemilih. Sehingga sekarang SPR gagal memastikan daftar pemilih benar-benar bersih dan tidak meragukan. Masih terdapat nama-nama pengundi yang didaftar pada satu alamat yang jumlahnya tidak munasabah sehingga ada yang mencecah melebihi 30 dalam satu rumah. Manakala nama-nama pengundi yang mati masih 'menghiasi' daftar pemilih yang mana bila-bila masa ianya boleh dimanipulasi ketika hari pengundian.
Sebenarnya banyak lagi kebobrokan dan ketidaktelusan kedua-dua 'parti komponen' baru BN ini yang tidak cukup masa dan ruang untuk saya nukilkan di sini.
Jadi saya menganggap bahawa kedua-dua SPR dan SPRM ini adalah 'parti komponen' BN yang sudah tentu akan taat dan patuh kepada BN.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI