GMP serah risalah kepada wakil Kerajaan Perak Sah

TAIPING,24 Feb.:- "Saya memohon sokongan semua pihak bukan untuk diri saya tetapi untuk orang Melayu, 7 Mac 2009 Himpunan di Istana negara, buka soal permit, yang penting sokonglah kami ", Demikian antara ucapan Prof. Dr. Abdullah Hassan yang mewakili Gerakan mansuhkan pendidikan dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggereis (GMP) dalam majlis penyampaian risalah berkaitan kepada Wakil Kerajaan negeri perak Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh Pengerusi kelab penyokong Kerajaan,Drs. khalil idham Lim di sini.

Hadir sama ialah ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa dan bapa kepada pelajar yang membuat saman kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu berkaitan , Mejar(B) Mohd Arif.Semasa menyampaikan ucapan, Drs. Khalil menegaskan ini dasar yang diteruskan oleh pemimpin UMNO demi untuk memepertahankan kroni yang dikayakan berkaitan dengan program ini. "Kalau dulu bila Rasulullah mengajak kepada Islam ,Abu jahal mempertahankan sembahan berhala kerana ia mendatangkan hasil ekonomi, begitulah pemimpin UMNO dengan mempertahankan PPSMI semata-mata untuk mengayakan kroninya" Katanya..Drs. Khalil juga kesal dengan usaha membohongi rakyat untuk menunjukkan dasar ini berjaya bila kelulusan nya dikatakan baik walaupun gred kelulusannya diturunkan serendah-rendahnya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 07:36:00

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI