25 Februari 2009

Nizar lawan Zambry : Hakim tarik diri - Malaysiakini


Feb 25, 09 11:12am
Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut.

Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah.

Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan