Exco Perak mahu Speaker DUN disiasat
Mar 2, 09 12:27pm |
Seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu dengan alasan V Sivakumar menyalahgunakan kuasanya. Mohd Zahir Abdul Khalid merujuk tindakan Speaker, yang dilantik sejak Pakatan Rakyat menguasai negeri itu, menggantung beliau, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan lima lagi exco pertengahan bulan lepas. Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan. Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah. Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan. |
Ulasan
Catat Ulasan