Kemelut Perak : Dua-dua buntu - Sofi Wahab

Kemelut Perak terus kusut dan tidak nampak jalan penyelesaiannya dalam masa terdekat. Esok Speaker Dewan Undangan Negeri memanggil Sidang tergempar. MB dan exco kerajaan HARAM bersama 3 ADUN lompat katak tidak dibenarkan memasuki persidangan.Namun siang-siang lagi BN membuat komen macam kartun antaranya :-
1) Speaker tiada kuasa panggil sidang DUN tanpa perkenan Sultan
2) Setiauasaha DUN tidak patuh pada arahan Speaker kerana katanya Sidang itu tidak sah
3) Najib menyatakan sidang tidak sah kerana mahkamah belum tentukan keputusan saman Nizar.
Beberapa tindakan kebudak-budakan mungkin diambil oleh kerajaan HARAM BN antaranya :-1) MB dan Exco haram mungkin hadir dan merempuh masuk ke sidang DUN walau dihalang
2) DUN akan dikunci oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dan mungkin ianya diadakan di tempat lain hatta di bawah pokok
3) MB dan Exco haram serta juga ADUN BN dan Lompat akan memulaukan sidang DUN dan memberi alasan ianya tidak sah
4) Tok Bentara Dewan akan membenarkan mereka masuk dan ingkar perintah Speaker
5) dan lain-lain
Antara perkara yang mungkin berlaku :-
1) BN buat kacau, Sidang DUN kecoh dan terpaksa ditamatkan
2) Usul percaya kepada Nizar diluluskan dan dengan sendirinya MB dan Exco HARAM disingkirkan kerana mendapat undi tak percaya DUN
3) dan lain-lainBila ditanya kepada pemimpin BN mereka pun tidak tahu apa akan jadi esok !!!!!!!!!!! semuanya BUNTU.
Ini semua adalah gara-gara BN tamakkan kuasa sehingga negeri Perak jadi kacau bilau.

Posted by SOFI WAHAB at 09:38 0 comments

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI