BUTA UNDANG-UNDANG - greenboc

Semakin jelas, pemimpin UMNO dari peringkat yang setinggi-tinggi hingalah yang serendah-rendahnya - mereka buta undang-undang!

Terbaru: Barisan Nasional (BN) Perak yang bermenteri besarkan Zambry Abdul Kadir memohon Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan deklarasi pengisytiharan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan exconya daripada menghadiri sidang DUN tergempar esok adalah menyalahi Undang-undang Tubuh negeri Perak.

Tidak ada pula sebarang permohonan deklarasi sidang DUN tergempar esok sebagai batal kerana diketahui bahawa beliau tidak boleh membuat permohonan tersebut di mahkamah.

Ini bererti tidak ada apa yang boleh menghalang sidang tergempar DUN diadakan esok sekalipun Polis digunakan untuk menghalang persidangan tersebut daripada dilansung hanya bersandarkan kepada kenyataan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak yang telah memaklumkan kepada Ketua Polis berkenaan bahawa sidang tergempar esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri sebagai penjawat awam tidak ada kuasa walau sebesar kuman untuk membuat sebarang perisytiharan tersebut.

Dan Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sidang tergempar esok untuk dijalankan.

EXCO Kerajaan Negeri Ngeh Koo Ham dari Pakatan Rakyat berkata langkah menutup Bangunan Darul Ridzuan adalah tindakan pentadbiran dan tidak menjejas proses legislatif untuk mengadakan sidang tergempar DUN.

Tiba-tiba saja Ketua Polis Perak memberi amaran, bahawa polis akan bertindak tegas terhadap pihak yang cuba berkumpul di Bangunan Perak Daruk Ridzuan. FRU tiba-tiba saja digunakan untuk mengepung kawasan bangunan SUK. Polis sudah hilang kewarasan atau apa? Anda nak berperang untuk apa? Nak tangkap siapa?

Kedua-dua mereka sebagai penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menghalang tugas legislatif untuk berperanan.

Ulasan

  1. Woii, polis lu sapa.jangan tamak sangat, sampai nak jadi pengamal undang2 pulak. Siap kata persidangan tidak sah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI