Catatan

Nasharuddin kekal Timbalan Presiden !!

Imej
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri Jun 6, 09 9:31am Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat. Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi; diikuti ahli parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub (824) dan ketua penerangan PAS yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (636). ...

Tiada niat bersama UMNO, BN

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN. Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata."Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini." Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah."Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya. Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak."Namun kaedah dan uslub (pendek...

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan UMNO

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno Dr Dzulkefly Ahmad Tue Jun 02, 09 4:58:37 pm MYT Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya. Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik. Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan ins...

Tengku TT beri Manohara 7 hari bukti dakwaan didera !!!

Imej
Jimadie Shah Othman Jun 2, 09 3:29pm Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memberikan tempoh tujuh hari kepada isterinya, Manohara Odelia Pinot bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang. "Tengku TT (Tengku Temenggung) tuntut bukti (penderaan). Sekiranya gagal dalam tempoh seminggu, beliau akan mengambil tindakan balas," kata sahabat karib kepada putera ketiga Sultan Kelantan itu, Mohd Soberi Shafii. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohd Soberi berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sebelum ini.Mohd Soberi menambah, tindakan susulan melalui mahkamah atau pihak berkuasa terhadap Manohara dan Daisy akan ditentukan setelah mereka melantik peguam yang sesuai - selepas tamat tempoh akhir yang diberikan, 9 Jun depan. Manohara kelmarin dilaporkan melarikan diri dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarika...

Zambry, Menteri dihalau Penduduk Kampung

Zambry, Menteri Dihalau Penduduk Kampung Walaupun Dr Zambry Abd Kadir berjaya memegang jawatan Menteri Besar melalui kaedah keputusan rayuan mahkamah, namun ia tidak bermakna rakyat Perak juga semestinya bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut.Kejadian yang berlaku terhadap Dr Zambry, serta rombongannya (termasuk anggota polis) sudah cukup memberi gambaran dan pengertian bahawa jabatan menteri besar yang dijawatnya tidak diiktiraf oleh rakyat jelata Perak yang rata-rata mahukan supaya Dewan Undangan Negeri dibubar seberapa segera.Kejadian berlaku di Batu 8, Lekir semalam kira-kira pukul 2,30 petang ketika Dr Zambry, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Lumut Kong Cho Ha dan rombongan beliau dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan mereka tanpa meminta izin tuan punya terlebih dahulu."Menteri Besar Mahkamah" itu berada di kawasan tersebut kerana berhasrat menziarah mangsa angin ribut yang melanda malam sebelumnya.Menurut penulis blog...

Muafakat Pakatan Rakyat lebih Indah berbanding BN !!!

Abu Firdaus Mon Jun 01, 09 6:43:09 pm MYT DARI segi bahasa, Pakatan Rakyat bermaksud permuafakatan rakyat, iaitu rakyat berpakat. Sementara Barisan Nasional dimaksudkan barisan kebangsaan. Mana lebih indah, pakatan atau barisan? Ia mungkin hanya nama gabungan parti politik, yang kebetulan dipilih mewakili sekumpulan pertubuhan siasah. Makananya, setelah menubuhkan lima kerajaan negeri selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, maka diberikan saja nama Pakatan Rakyat kepada gabungan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Hakikatnya ia lebih mendalam daripada nama saja. Makna rakyat yang ada pada Pakatan Rakyat membawa maksud inti perjuangan ketiga-tiga parti itu. Seringkali rakyat dilihat sebagai terjemahan kepada perkataan Inggeris �people�. �People� boleh bermaksud orang, orang ramai atau penduduk. Tetapi dalam bahasa Melayu, maksud rakyat adalah lebih mendalam. Sememangnya ia berasal daripada perkataan Arab, rakyat, tetapi apabila telah dimelayukan, ia membawa maksud tersendiri. Untuk me...

Lagi keluar UMNO Yopp !!!!

500 ikut jejak Hashim jika keluar Umno post info By Anwar Ibrahim Categories: Malaysia, Pakatan Rakyat, Politik and Sidenotes Dari Malaysia Kini oleh Muda Mohd Nor Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian. Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim. “Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya. “Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia. “Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang),” katanya kepada Malaysiakini semalam. Ismail berk...

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

Lebih baik la berhenti merokok !!!

Imej
Tidak ada ulama yang mengatakan menghisap rokok itu wajib atau sunat. Mereka berpendapat sama ada makruh atau haram atau harus. Ini bergantung kepada kefahaman ulama tentang rokok pada masa dahulu, ketika tanaman tembakau mula diperkenalkan. Adapun pada hari ini, apabila para doktor sepakat mengatakan rokok membawa bahaya kepada tubuh badan penghisapnya apalagi penagihnya, atau lebih teruk kepada mereka yang ada dalam majlis perokok, seperti anak dan isteri atau kawan-kawan yang tidak merokok, apatah lagi ibu mengandung yang mendapat kesan kepada bayi yang ada dalam kandungan daripada asap rokok bapanya, maka sukar mengatakan rokok itu hukumnya makruh. Apalagi untuk mengatakan hukum ”harus”. Ramai ulama pada hari ini lebih cenderung mengatakan ia menjadi haram. Ada mereka yang menolak hukum haram merokok dengan mengatakan tidak ada nas yang terang atau dalil daripada al-Qur`an mahu pun al-Sunnah yang mengharamkan rokok. Justeru itu ada guru agama atau imam masjid yang tanpa segan silu...

Nizar Bakal TPM Malaysia ??

Imej
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Nizar Bakal TPM Malaysia? Kemelut politik di Perak yang bermula awal Februari lepas bukanlah suatu musibah terburuk (أسوأ مصيبة) dalam politik PAS dan PR. Tentu ada hikmahnya serta banyak pula pengajaran yang boleh disenaraikan.Sikap serta pendirian DS Ir. Mohammad Nizar amat disenangi oleh para penyokong PR dan sungguh ditakuti oleh pendokong tegar BN, terutama UMNO. Itu, menunjukkan kepemimpinan Nizar yang hebat. Nizar memang pemimpin dan beliau memang hebat. Kepemimpinan dan kehebatan beliau sebelum ini tidak begitu terserlah kerana keadaan tidak mengizinkan. Nah, kemelut politik yang menimpa Perak ini ialah keadaan dan keizinan untuk penyerlahan Nizar. Pada muktamar PAS akan datang Nizar lebih menyerlah. Dalam PRU13 pula beliau lebih-lebih menyerlah. Setelah memenangi PRU tersebut Nizar bukan pemimpin PAS sahaja, malah pemimpin PR. Bukan di peringkat negeri sahaja, malah di peringkat pusat. Bukan AP biasa, malah sekurang-kurangnya menteri. Jika DSAI...

SIASAH SYAR'IYYAH DAN PERLAKSANAANNYA PADA MASA KINI

Siasah syar'iyyah dan perlaksanaannya pada masa kini Oleh Dr Abdul Aziz Hanafi Siasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya. Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w.Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya. Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan...

Akhil..Akhill !!

Imej
Akhil Hayy : Antara ujian dan nafsu Posted on Wednesday, May 27 @ 16:27:51 PDT by TokPenghulu Oleh: haris " Saya tak pernah mencoret berkaitan cerita selebriti, artis serta orang glamour tetapi kali ini rasa terpanggil untuk melontar pandangan berkaitan kisah yang berlaku kepada Ustaz Akhil Hayy.Jika dulu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy. Melalui ceramahnya saya dapat rasakan beliau telah dapat membawa diri saya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam. Dalam ceramahnya yang diselitkan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar, betapa gah nama Ustaz Akhil Hayy pada masa itu. Tetapi kini setelah tidak lagi lagi aktif berceramah sedemikan dan disunting oleh pihak Astro bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz Akhil Hayy. Status artis yang dipegang telah membawanya kepada cerita-cerita yang tidak elok didengar untuk...

Bubar DUN Perak kalau anak jantan - Nizar cabar Zambry !!!

Bubar DUN Perak Kalau Anak Jantan, Nizar Cabar Zambry Posted on Wednesday, May 27 @ 18:00:00 PDT by TokPenghulu Oleh ZulMamak Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan. Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat. Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau. Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis...

TAHALLUF AS SIASI !

Menguasai Isu Dasar Dalam Pilihanraya Memahami Hukum Tahalluf As Siasi Mukaddimah Selari dengan senario perkembangan politik yang menyelubungi PAS serta kecenderungan ke arah persefahaman dengan parti-parti alternatif lain seumpama PKN, DAP dan PRM yang mengarah ke arah pengekploitan isu oleh parti-parti yang memerintah terutamanya UMNO, maka dirasakan perlu bahawa diutarakan kepada setiap unit Penerangan dan Penyelidikan UPU seluruh Kawasan Selayang akan keperluan memahami agenda ini. Antara agenda psikologi dan saraf yang bakal diutarakan oleh BN ialah:- 1. Persoalan kafir mengkafir 2. Kepimpinan Negara Oleh Bukan Islam 3. Mengundi Bukan Islam 4. Berkerjasama Dengan Bukan Islam Semua isu ini banyak berkaitan dengan persoalah tahalluf yang diutarakan oleh PAS dan melihat kepada perkembangan terkini, sekalipun PAS berada di peringkat offensif (menyerang) namun PAS masih perlu ada strategi yang mantap untuk meng...

Alhamdulillah semua telah di bebaskan !!!

Nizar Zambry : Semua Tahanan Telah Dibebaskan - Greenboc Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh sebentar tadi. Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh. Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan pua...

Terkini !! MB buat lawatan ke sekolah di Kg Tawas, Ipoh

MB Nizar bersama rombongan sempat membuat lawatan ke Sekolah kanak-kanak "terencat akal" (down sindrom) di Kg tawas sebaik sahaja memfailkan saman di Mahkamah Tinggi sebentar tadi. Mengikut sumber MB telah menyampaikan sumbangan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Di Wisma DAP - Polis masih berkawal dan belum lagi bersurai.

TERKINI !! MB Nizar failkan saman di mahkamah sebentar tadi

Mengikut sumber dari Ipoh..MB Nizar dan rombongan telah selesai memfailkan saman kepada Zambry di Mahkamah Tinggi sebentar tadi atas tindakan kerajaan Pimpinan Zamry memecat ketua kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat

TERKINI !!! SIVA JUGA TELAH DI TAHAN

Sebentar tadi Siva dan pengawal pribadi juga ditahan Adun lain yang di tahan ialah ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang, ADUN Menglembu,YB Lim Phek Her, ADUN Jalon, YB.Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji, YB.Thomas SU dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chang MIng dan sekurang-kurangnya 3 orang awam lain baru sahaja ditangkap polis sebentar tadi.

TERKINI !! dari Wisma DAP

Imej
Dato Ngeh sedang berucap " kesal dengan Malaysia semacam Negara Polis DS.Nizar berucap merasmikan Program Puasa dan Mogok Lapar Dr.Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng juga berucap dengan merasa kesal atas slogan Malaysia Boleh, dalam keadaan kita tidak boleh melakukan sesuatu termasuk Mogok Lapar" Sementara diluar Wisma kereta Polis bersusun dan sebahagian anggota Polis menawan khemah yang pasang petugas Sekarang ini sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar yang diadakan di dalam Wisma DAP dengan dipengerusikan oleh ADUN Canning, YB Wong Kar Woh. Majlis dimulai oleh taklimat ringkas Pengerusi yang mengesahkan 5 orang ditangkap pagi tadi, sebuah belon besar untuk pelancaran turut dirampas oleh polis.

Banyak lagi ranjau di depan Zambry..!!!

Masih banyak Ranjau Dihadapan Zambry Posted on Saturday, May 23 @ 00:18:34 PDT by TokPenghulu Oleh: SunanHayat "Walaupun Zambry baru shj memenangi kesnya di Mahkamah Rayuan, tetapi ia tidak dianggap sebagai "panadol" yang boleh menghilangkan migrin bagi memerintah Perak dengan tenang dan selesa..Maruah bukanlah sesuatu yang penting bagi seseorang UMNO/BN, kerana dunia politik mereka sememangnya berlumpur dengan segala jenis kehinaan.. Jangan pula hairan melihat ramai manusia di"silapmata"kan dengan melihat kehinaan itu sebagai sesuatu yang amat menarik., kerana 1500 tahun dahulu Nabi pernah berpesan bahawa ALLAH melihat dunia seperti bangkai., tetapi bangkai itulah yg dihurungi manusia berhati lalat, hering, dan buaya.. Dihadapan Zambry masih ada lagi Mahkamah Persekutuan yang akan terus menyegarkan memori melayu yang mudah lupa.. Semakin lama kes ini berlarutan, maka semakin peritlah UMNO/BN mendepani PRU-13.. Dihadapan Zambry juga bercerakah duri dan kaca y...