Catatan

LIMA PULUH RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN PERAK

Imej
October 15, 2008 · (Kelihatan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbangan wang tunai bagi pihak Menteri Besar kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, Grik) GRIK: Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa. Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai itu gagal menyelamatkan harta benda apabila arus sungai itu melimpah ruah dengan deras dan mendadak. Walaupun biasa dinaikki air, mereka berkata inilah banjir terburuk. Ustaz Misbah telah meluangkan waktu kira-kira sejam untuk bertemu dengan sebahagian pendudukan yang terlibat. Beliau ditemani Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Hampir RM10,000 disumbangkan kepada mangsa. Ustaz Misbah menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelia Dun Kenering Ustaz Sukri untuk diagihkan kepada mangsa. Semasa lawatan, kelihata...

PESTA BOLA MERDEKA , MALAYSIA DIDAKWA JEMPUT PASUKAN LEMAH SAHAJA ?

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Oct 16, 08 1:13:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) mendakwa Malaysia hanya menjemput pasukan-pasukan yang lemah sahaja bagi menyertai Pesta Bola Merdeka yang sedang berlangsung kin Dakwaan itu dibuat Mohd Firdaus ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi. "Kenapa Malaysia tidak menjemput pasukan seperru Singapura dan Thailand, adakah setakat nak menang," dakwanya semasa memanjangkang soalan yang asalnya diutarakan oleh Dato' Dr Mohd Shahrum Othman (BN Lipis). Beliau juga kecewa dengan prestasi pasukan bolesepak negara yang kini berada pada tahap yang kurang memuaskan, malah mengharapkan sesuatu tindakan dilakukan segera bagi mengembalikan kegemilangannya. Terdahulu Dr Mohd Shahrum bertanyakan kepada KBS, bagaimana untuk mengembalikan kecemerlangan sukan negara kebelakangan ini. Bagaimanapun Menteri Bel...

KRISI EKONOMI GLOBAL TANDA GAGAL SISTEM KAPITALIS

Imej
Irwan Muhammad Zain Thu Oct 16, 08 8:09:07 am MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis. "Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau. Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis. Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan. "Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembaya...

NAJIB AKAN ROMBAK "BESI BERKARAT" DALAM KABINET ABDULLAH

Safar Jumaat Wed | Oct 15, 08 | 4:21:38 pm MYT APA sebab Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli-Ahli MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno, dari Disember 2008 ke Mac 2009, tiada siapa yang tahu. Ketika banyak pihak yang mendakwa, ia suatu usaha untuk melewat-lewatkan tarikh pengunduran Abdullah, dari Disember ke Mac, ada juga yang membuat telahan, Abdullah tentunya mempunyai strategi sendiri yang sukar dibaca. Namun, apapun strategi yang Abdullah susun, semuanya sudah dilihat tidak menjadi. Ketika beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 2003, apa sahaja yang dipegangnya, 'menjadi emas' hinggakan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum 11, 21 Mac 2004 mengejutkan banyak pihak. Khabarnya yang paling terkejut dengan kemenangan besar itu ialah Dr Mahathir. Ketika itu, kejayaan Abdullah itu dianggap mampu memadamkan rekod kejayaan yang sudah dibuat oleh Dr Mah...

KERAJAAN PERAK MAHU KEM TAHANAN KAMUNTING DIPINDAH - MB PERAK

Wed | Oct 15, 08 | 12:25:59 pm MYT KETEREH, 15 Okt (Hrkh) - Kerajaan Perak sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kem Tahanan Kemunting dipindahkan ke negeri lain memandangkan pusat tahanan itu mendatangkan nostalgia negetif bagi rakyat Perak. Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah disebut kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu pertemuan selepas pilihan raya umum lalu. "Namun Perdana Menteri buat tidak endah. Kami tidak rela kem tahanan itu terus dibiarkan berada Perak kerana setiap tahun isteri tahanan menangis ketika datang menziarahi suami di kem tersebut. "Saya tidak sampai hati melihat kesedihan keluarga tahanan ISA dan lebih baik kem itu dipindahkan ke negeri lain termasuk Johor yang menjadi darul Umno. Johor sesuai menjadi muzium bagi ISA," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Ketereh di sini, malam tadi. Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua...

GERAKAN ISLAM TERGANGGU BILA AMILIN LONGGAR AKHLAK

Gerakan Islam terganggu bila amilin longgar akhlak Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir Wed | Oct 15, 08 | 9:58:44 am MYT Seorang aktivis atau amilin gerakan Islam bukan sekadar perlu memahami dan tunduk pada peraturan agama dalam memikul amanahnya malah ia perlu memperlengkapkan dirinya dan patuh pada disiplin dan adab dalam berjemaah. Masalah dalaman angkara amilin yang tidak lengkap atau longgar akhlak berjemaahnya akan mengakibatkan terganggunya perjalanan gerakan Islam tadi. Gerakan Islam ini bukan gerakan ikut-ikutan atau gerakan yang bertenggek pada populariti semasa atau pada mana-mana individu atau kumpulan. Ianya rentetatan dari gerakan suci lagi besar yang telah diasaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang berlandaskan wahyu (al Quran) dan bimbingannya, tidak berubah roh dan semangatnya samada dalam keadaan perjuangan itu ditimpa tekanan, serangan atau fitnah mahupun ketika ia merai...

BATU PAHAT "DIBELASAH" PAKATAN

Imej
Salmiyah Harun salmiyahharun@harakah.net.my Tue Oct 14, 08 6:30:48 pm MYT ParlimenKUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen (BN-Batu Pahat) Dr Puad Zarkashi 'dibelasah' dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dari beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat Beliau yang memulakan perbahasan bajet 2009 sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakhiri perbahasannya pagi tadi. Semalam (13 Okt) Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi peluang pertama untuk membahaskan bajet itu kemudian bersambung pada hari ini yang mengambil masa hampir satu jam. Sebaik diberi peluang berbahas, Puad yang memulakan mukadimah perbahasannya mempertikaikan cadangan Anwar yang mahu membentangkan semula bajet selepas penurunan harga minyak global. Puad turut mempertikaikan masa hampir enam jam yang diambil Anwar untuk membahaskan bajet tetapi tidak mempunyai 'point' untuk mengatasi masalah ekonomi negara. Ekoran itu, Saifuddin Nasution (KeADILan-Machang) yang bangkit mempe...

PAS PERSOAL PERKEMBANGAN PROJEK KORIDOR PANTAI TIMUR

Imej
Nyza Ayob Tue Oct 14, 08 1:46:31 pm MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata. Jelas Kamaruddin, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. "Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan 'supply base' di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan...

MUTU PENDIDIKAN MENJUNAM, TNC HANYA TAHU MENGAMPU PM

Imej
Intan Abdullah Tue | Oct 14, 08 | 7:42:54 am MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Mutu pendidikan negara menjunam teruk di mata dunia akibat pemerintah hanya mampu lantik Timbalan Naib Canselor yang hanya tahu mengampu Perdana Menteri dan pandai buat sajak sahaja. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional. "Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik," katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam. Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia. "Hal ini adalah tidak l...

ARTIS MALAYSIA TERASA SEPERTI DITAMPAR ANUGERAH dATUK mELAKA

Imej
Abdul Aziz Mustafa Mon Oct 13, 08 11:06:52 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Walaupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan artis Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah sebenarnya yang menghina? Malah, ada di antara artis Malaysia yang menyifatkan anugerah itu seperti menampar mereka. "Sabtu lalu, dia (SRK) juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," mStar memetik Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof dalam sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Beliau menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis. Bantahan tersebut dibuat mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelara...

300 pemuda Umno Kubang Kerian berhimpun bantah pencalonan di tolak

Imej
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Mon | Oct 13, 08 | 7:58:12 pm MYT KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Ketika Dato' Seri Najib Razak tersenyum puas untuk menduduki kerusi pemimpin utama negara Mac depan, namun di peringkat bawah pertembungan semakin hangat berlaku. Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku. Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri. Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu. Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerak...

BELANJAWAN NEGARA "OUTDATED", JUMUD

Imej
M Khaleel Kas & Intan Abdullah Mon | Oct 13, 08 | 12:58:01 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan baru, Dato' Seri Najib Tun Razak agar membentang belanjawan negara yang baru. Menurutnya di sidang parlimen hari ini, belanjawan negara sebelum ini yang dibentang oleh bekas Menteri Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai 'outdated budget' dan tidak relevan dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini. Beliau juga berkata ia adalah, "belanjawan jumud" apabila memberikan maklum balas terhadap soalan tambahan yang diberikan Ketua Whip parlimen PAS, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sesi perbahasan Belanjawan 2009 sidang parlimen pagi tadi. Terdahulu, Salahuddin membangkitkan persoalan kemungkinan belanjawan yang dibuat adalah mengikut sistem 'average' yang pada pendapat beliau ianya tidak sepatutnya be...

LANGGAR SYARIAT, JAKIM TIADA KUASA MEMANTAU - HARAKAHDAILY

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my Mon | Oct 13, 08 | 12:24:16 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menangani masalah pelanggaran syariat di semua tempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Zahid Hamidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi solan jawab lisan semasa sidang parlimen pada hari ini. Persoalan agama katanya bukan sahaja terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan malah ianya juga menjadi tanggungjawab negeri yang mana ianya terletak di bawah bidang kuasa sultan di sesebuah negeri. Persoalan asal yang dibangkitkan Siti Zailah adalah penjelasan mengenai pemantauan yang dijalankan oleh pihak kementerian di bawah seliaannya terhadap pelanggaran syariat termasuk dalam pengend...

MOHD SABU PUJI PENCAPAIAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT

Imej
Ekmal Yusof Mon | Oct 13, 08 | 10:30:10 am MYT PARIT BUNTAR, 13 Okt (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memuji lima buah Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berjalan lancar sejak kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Beliau menyatakan bahawa terdapat potensi yang positif terhadap kemajuan negeri dan rakyat yang perintah Pakatan Rakyat kerana PAS, KeADILan dan DAP yang berada di dalamnya menunjukkan komitmen yang padu dalam membangunkan negeri. "Perkembangannya jauh lebih baik apabila semua kepentingan rakyat Melayu, Cina dan India diambil kira termasuk di bidang ekonomi, pelajaran, pertanian dan perumahan," katanya pada ceramah umum di Markaz Dun Titi Serong dekat sini 10 Oktober lalu. Beliau sungguh bangga apabila di negeri Perak, telah dibangunkan semula sektor Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pasti, sekolah-sekolah Cina di Kampung Baru dan sekolah India di Ladang Getah. Beliau berharap apa yang berlaku itu akan berterusa...

Harga Pemuda Umno RM 500 sahaja ?

Abdul Aziz Mustafa Sun | Oct 12, 08 | 12:44:34 pm MYT KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno semakin panas dengan dakwaan wujudnya politik wang yang begitu berleluasa sehingga melibatkan jumlah yang sangat besar. Beberapa blogger Umno mendakwa sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan bagi mendapatkan pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Machang sahaja di mana setiap perwakilan yang hendak dibeli undi mereka didakwa diberikan RM500. Pemuda Umno bahagian tersebut mencalonkan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno di mana Khairy mendapat 96 undi manakala Exco Pemuda Umno, datuk Mukhriz Mahathir mendapat 78 undi. Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, dengan slogan "Berani Berubah!", Ahli Parlimen Jerlun itu telah pun mendapat mendapat 30 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan memerlukan hanya lapan pencalonan sahaja lagi untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu. Jumlah minimum pencalonan...

KUOTA 50 PERATUS : JANGAN JADIKAN ISU PERKAUMAN

Imej
Musoddaq Ahmad Wed | Oct 08, 08 | 3:53:39 pm MYT Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyokong penuh dasar baru Kerajaan Negeri Kedah mewajibkan peruntukan 50 peratus lot bumiputera dalam semua projek perumahan di negeri ini. DPPNK mengajak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kedah/Perlis dan semua pihak menyedari bahawa rumah adalah keperluan asas setiap manusia. Oleh itu ia tidak harus dilihat sebagai satu dagangan sebaliknya hak yang perlu diberi kepada setiap manusia. Menginsafi terdapat rakyat berkemampuan, namun lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan, maka sewajarnya pemaju mengutamakan projek-projek perumahan mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan di negeri ini dengan mengambil kira demografi sosio-ekonomi semasa. DPPNK melihat selama ini hak asas manusia telah dimanipulasi dan diperdagangkan melalui kapitalisme yang diamalkan pemaju dengan berorientasikan keuntungan semata-mata. Pemaju perlu melihat perkara ini sebagai satu tanggung jawab so...

PENGUNDURAN ABDULLAH BUKTI TEKANAN KUAT DALAM UMNO-SALEHUDDIN

Imej
Nyza Ayob Sat Oct 11, 08 11:21:52 am MYT KUALA LUMPUR, 11 OKt (Hrkh) - Keputusan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada Mac 2009 menggambarkan ternyata tekanan yang begitu kuat dari dalaman Umno sendiri yang memaksa beliau berundur. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berpandangan pengunduran Abdullah dilihat sebagai strategi Barisan Nasional (BN) untuk menarik kembali sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang. Jelas Salahuddin, kesan kelemahan Abdullah itu telah diterjemahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Tambahnya buat masa ini Abdullah dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan kerajaan kerana kegagalan beliau menghapuskan rasuah, amalan kronisme, penyalahgunaan undang-undang dan juga Islam Hadhari. Salahhuddin menegaskan, sungguhpun Dewan Pemuda PAS menghormati keputusan Abdullah walaupun mungkin ia berlaku secara 'terpaksa', pihakn...

BIODATA RINGKAS RASULULLAH

BIODATA RASULULLAH SAW · Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah) · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah · Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terleta...

FIQH AWLAWIYAT

Tertarik dengan bicara hikmah serta perbahasan yang di bawa oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya fiqh aulawiyyat memberi satu ilham untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di dalam ruangan ini. Beliau yang merupakan seorang ulama dan cendiakawan Islam masa kini, juga merupakan seorang doktor masyarakat. Pelbagai resepi dan ramuan yang dititipkan di dalam karangan beliau sebagai ubat dan penawar kepada setiap jenis penyakit yang dideritai oleh masyarakat kini. Namun bukanlah disini untuk membentangkan segala perkara atau perbahasan yang terkandung didalam kitab beliau. Tetapi hanya sekadar menitip sedikit daripada kalam dan pengalaman beliau yang bersangkutan dengan fiqh aulawiyyat. Justeru ikutilah siri-siri perbahasan beliau di dalam ruangan ini dan perhatikanlah kerana sebahagiannya pernah berlaku di lingkungan kita selaku Azhari/ah. Mudah-mudahan risalah ringkas ini dapat membantu kita dalam memahami fiqh keutamaaan serta membantu kita selaku pendakwah untuk menyebarkan ajara...

RINDUNYA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Imej
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan. Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sin...